Monday 2 January 2012

PEMBERONTAKAN PATTANI

PENGENALAN


Pemberontakan Petani berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul

Alam Syah. Lazimnya pemberontakan ini berlaku di sebabkan oleh usaha british dalam

meluaskan kuasanya dengan memperkenalkan sistem pentadbiran undang-undang

bercorak barat, pembaharuan ini telah menyebabkan rakyat bangkit menentang antara

tahun 1992-1928 yang tertumpu di Telemong dan Ulu Terengganu. Pemberontakan ini

telah di ketuai oleh seorang ulama yang bernama Haji Abdul Rahman Limbong yang di

 anggap sebagai penggerak sejarah. Sebelum kita mengulas tajuk ini dengan lebih

 lanjut, eloklah kita memahami terlebih dahulu apakah yang di maksudkan dengan

 sejarah, penggerak, pemimpin dan rakyat. Secara khususnya sejarah bermaksud catatan

 atau rekod mengenai peristiwa yang telah berlaku pada masa lalu.

 Mengikut Kamus Dewan, sejarah merupakan sastera lama, asal usul (keturunan)

 salasilah peristiwa yang benar berlaku di waktu lampau, kisah, riwayat dan

 tawarikh.[1] Secara umumnya pula sejarah ialah satu penyelidikan terhadap peristiwa lalu,

sejarahwan pula menyedari rekod-rekod lalu bagi mengkaji peristiwa yang berlaku, oleh

itu segala rekod ini adalah peristiwa yang telah berlaku di anggap sebagai sejarah.[2] Selain

itu maksud sejarah dapat di lihat dari dua aspek iaitu aliran objektif dan aliran subjektif.

Menurut aliran objektif sejarah ialah kisah yang berlaku pada masa lampau tidak

bergantung kepada kita untuk mewujudkanya manakala mengikut aliran subjektif pula

sejarah merupakan kajian dan penyelidikan tentang kisah yang berlaku pada masa

lampau.[3]

            Manakala, mengikut Kamus Dewan edisi keempat penggerak sejarah merujuk

 kepada faktor-faktor seseorang individu untuk menggerakkan sesuatu peristiwa yang

 benar-benar berlaku pada masa lampau.[4] Pemimpin pula ialah orang yang memimpin

 sesuatu organisasi  dan dapat memberi petunjuk kepada orang lain[5] dan rakyat pula

 merujuk kepada orang-orang bawahan atau orang kebanyakan dan rakyat biasa.[6]

 Berdasarkan kepada pendapat dan pembacaan saya melalui peristiwa pemberontakan tani

 pada tahun 1928 saya memilih dan memandang golongan rakyatlah yang harus di angkat

 sebagai penggerak sejarah iaitu Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliaulah yang

 banyak memainkan peranan penting dalam menggerakkan sejarah dalam peristiwa

 pemberontakan petani 1928.

Beliau dianggap sebagai penggerak sejarah apabila beliau telah bertindak sebagai

ketua pemberontakan dalam membangkitkan semangat rakyat tani untuk bangun

 menentang bagi menegakkan keadilan dan mempertahankan hak rakyat tani. Beliau juga

 telah banyak berkorban tenaga dan wang bagi membela nasib rakyat sebaliknya,

 golongan pemimpin yang tidak dianggap sebagai penggerak sejarah kerana mereka tidak

 membela dan membiarkan nasib rakyatnya dan golongan pemimpin khususnya sultan

 pada masa ini mempunyai sikap yang mudah di pengaruhi oleh inggeris dengan

 sewenang-wenangnya malah pada waktu ini juga di katakan golongan pemimpin iaitu

 penghulu tidak bertanggungjawab dan telah menyalah gunakan kuasa. Dengan ini

 jelaslah bahawa melalui penentangan dan pengorbanan Haji Abdul Rahman Limbong

 dalam mempertahankan hak rakyat memang sewajarnya beliau perlu dipandang sebagai

 penggerak sejarah.

            Nama sebenar Haji Abdul Rahman Limbong ialah Haji Abdul Rahman bin Haji

 Abdul  Hamid  bin Abdul Kadir. Beliau dilahirkan pada tahun 1868 di kampung Jenguk

 Tong, Beladau Kolam, Kuala Terengganu. Beliau lebih di kenali dengan panggilan Haji

 Abdul Rahman Limbong apabila beliau datang ke Kemamang beliau sentiasa

 mengunjungi tempat yang bernama Limbong untuk mengajar agama di samping

 menjalankan perniagaanya.[7] Selain itu beliau merupakan anak watang terengganu Johor

 Petani.dan telah berkahwin dengan Wan Maimunah iaitu balu kepada sepupunya yang

 merupakan salah seorang anak muridnya iaitu Tun Sulung.[8] Beliau juga di katakan

 mempunyai bentuk badan yang kecil, mempunyai perwatakan seperti orang pertapaan,

 berhemah tinggi, berkelakuan baik dan mempunyai pengaruh yang luas dalam hal-hal

 keduniaan dan keugamaan di kalangan penduduk di kawasan tengah sungai terengganu.[9]

            Dari segi pendidikan pula beliau mendapat pendidikan awal berkaitan asas-asas

 ilmu islam sejak kecil lagi di mekah dari bapa saudaranya iaitu Haji Mohammad Zain.

 Setelah kembali ke Terengganu beliau telah berguru dengan Haji Yaakub Paya Bunga

 dalam bidang nahu dan fikah, di sini beliau menunjukkan keluarbiasaan  apabila beliau

 hanya mengambil masa dua bulan sahaja untuk menguasai pelajaranya. Kemudian beliau

 menuntut pula dengan Haji Wan Musa, dengan ilmu yang di perolehinya itu beliau telah

 berulang alik dari Baladau ke Paluh  untuk berguru dengan Tokku Paluh yang terkenal

 dengan kearifan ilmu keagamaan. Pencapaian ilmu agama Haji Abdul Rahman Limbong

 begitu tinggi sehingga beliau menjadi murid yang paling disanyangi oleh Tokku Paluh[10]

Akhirnya beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di tanah suci Mekah pada

 tahun 1347 hijrah bersamaan 1929m.   
                                                                                                                                                                                                             
            Seperti yang kita ketahui pemberontakan petani yang berlaku di Telemong dan

 Ulu Terengganu pada tahun 1921-1928 bermula apabila penjajahan british mula bertapak

 secara rasmi di Terengganu pada tahun 1919, berikutan dengan ini timbulah berbagai

 peraturan baru oleh pihak british terhadap para petani yang bermula dengan pengenalan

 undang-undang tanah pada tahun 1921. Melalui undang- undang ini, setiap keping tanah

  yang hendak di usahakan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pejabat tanah

 terlebih dahulu dan cukai mesti dibayar setiap tahun. Selain itu anak-anak kayu yang

 berumur kurang daripada tujuh tahun tidak di benarkan ditebang, jelasnya rakyat perlu

 mengambil pas untuk membuat huma, menebang kayu , membuka tanah dan untuk

mengambil hasil- hasil hutan serta di kenakan peraturan baru mengenai hasil-hasil tanah

 dan peraturan yang menyekat mereka daripada memburu binatang liar, mereka hanya di

 benarkan berburu apabila mereka mendapatkan lesen daripada kerajaan terlebih

 dahulu.[11]

            Peraturan ini ternyata membebankan rakyat khususnya golongan petani ini kerana

 peraturan ini jauh berbeza dengan keadaan sebelumnya di mana rakyat terengganu  boleh

 membuka tanah, membuat huma, mengambil hasil –hasil hutan dan memburu dengan

 sesuka hati mereka tanpa sebarang syarat dan lesen dikenakan . Perubahan yang di

 lakukan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat hal ini dapat

 dilihat melalui satu laporan yang telah di kemukakan oleh J.L .Humphreys iaitu,

“that the ultimate cause of the trouble is the tactless incompetence and probably            
  the corruption of the malay land officers.The kelantan uprising had a similar    
  origin and in both cases the pradox followed-an out break of anti-foreing feeling,
  when the troble was in point of fact, lack of an European Officer”[12]


Faktor dan di sinilah bermulanya penentangan rakyat terhadap pentadbiran british di

 Terengganu yang di ketuai oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Rasa tidak puas hati

 rakyat juga dapat di buktikan melalui kata Haji Musa yang  sangat tidak berpuas hati

 dengan peraturan yang di keluarkan oleh inggeris beliau mengatakan“  sesiapa telah

 membayar wang kepada kerajaan kerana hendak mendapatkan surat kebenaran untuk

 memotong kayu dalam hutan atau telah membayar cukai (hasil) tanah kepada kerajaan

 orang itu telah menjadi kafir”.[13]

            Melalui peristiwa pemberontakan tani dan penentangan yang di lakukan,

 dapatlah dilihat bahawa Haji Abdul Rahman Limbong merupakan penggerak sejarah  hal

 ini dapat di lihat melalui ketokohan yang di tunjukkan olehnya sepanjang peristiwa

 pemberontakan ini. Ketokohanya dapat dilihat melalui tiga aspek iaitu aspek politik,

 ekonomi dan sosial. Dari segi ekonomi misalnya Haji Abdul Rahman Limbong

 merupakan seorang ahli perniagaan. Hal ini dapat dilihat apabila beliau menjalankan

 perniagaan seperti menenun kain  untuk di jadikan baju, membuat terompah, terendak

 dan sebagainya. Kegiatan beliau dalam perniagaan menjadi contoh yang baik kepada

 umat islam. Beliau ahli perniagaan jelas terbukti apabila beliau memiliki beberapa buah

 perahu besar, perahu bedor, dan motorbot untuk menjalankan perniagaan dan

 perikananya. Selain itu beliau mempunyai beberapa bidang tanah dusun yang di tanam

 dengan poko kelapa di Pasir Terbakang, di Baladau kebun pisang, kebun getah di Bukit

 Gelugur di Serawak, tanah padi dan dusun kopi di Telemong.

            Selain itu beliau juga telah mengambil insiatif dengan membuka kilang membuat

 kapur tohor dan bata di Losong  dengan tujuan ingin mengalakkan orang melayu untuk

 menceburi diri dalam bidang perniagaan. Beliau juga menyeru orang ramai agar aktif

 membaiki kadar pendapatan masing-masing dan sifat beliau sebagai ahli perniagaan

 dapat di lihat apabila dia mengesyorkan supaya rakyat mempelbagaikan jenis tanaman

 dengan tidak bergantung kepada padi semata-mata.[14] Melalui ketokohan beliau dalam

 bidang perniagaan sudah cukup untuk kita memandang bahawa Haji Abdul Rahman

 Limbong lah boleh dianggap sebagai penggerak sejarah  dalam peristiwa pemberontakan

 tani pada tahun 1928.

            Dalam bidang politik pula ketokohan Haji Abdul Rahman Limbong sehingga

 beliau di anggap sebagai penggerak sejarah dapat di lihat apabila beliau bertindak sebagai wakil petani. Hal ini dapat di buktikan apabila beliau bukan saja sentiasa mengambil berat tentang masalah kaum tani malah turut membantu golongan petani dalam mempertahankan hak mereka. Contohnya Haji Abdul Rahman Limbong telah meminta “lesen wakil” daripada kerajaan untuk menjadi wakil kepada petani yang di dakwa atas sebab bantahan mereka untuk menurut peraturan yang telah di kenakan oleh inggeris. Selain itu beliau telah mewakili penduduk Ulu Telemong dengan menjadi peguam atas pembicaraan saman yang di kenakan oleh inggeris kepada masyarakat tani pada tahun 1922. Selain itu pada tahun 1923 Haji Abdul Rahman Limbong telah mewakili sejumlah petani Hulu Terengganu khasnya kawasan Telemong untuk mengajukan surat kepada pesuruhjaya tanah supaya menimbangkan semula hak pemilikan tanah . Ketokohanya melalui wakil petani juga dapat dilihat  apabila beliau bertindak mewakili seramai 508 orang petani yang belum mengambil pas untuk pembukaan tanah memandangkan masalah kewangan yang di hadapi oleh golongan petani dan beliau telah mempertaruhkan wang sebanyak 250.00 kepada pesuruhjaya pejabat tanah untuk digunakan sekiranya golongan tani di denda oleh kerajaan .[15] Dengan ini jelaslah menunjukkan  bahawa melalui perananya sebagai ketua atau wakil kepada golongan petani, dapatlah di rumuskan bahawa beliau berperanan dalam menggerakkan sejarah pemberontakan tani 1928.

            Selain dari aspek politik dan ekonomi ketokohan Haji Abdul Rahman Limbong

 juga dapat di lihat dari segi sosial. Dari aspek ini bukti untuk menyokong beliau sebagai

 penggerak sejarah ialah apabila beliau dikatakan seorang yang mempunyai keluarbiasaan

 iaitu keramat. Hal ini terbukti semasa beliau tinggal di Kemaman, di mana seorang

 pelombong china membiarkan air dari lombong membanjiri tanah (HARL) dan di

 samping mencela dan menghina beliau, di sebabkan oleh hal itu lombong china itu telah

 di banjiri air dan mengalami kerosakkan. Juga peristiwa (HARL) dengan si miskin yang

 datang menemuinya untuk meminta bantuan,  (HARL) menyuruh orang ini ke tempat

 simpan padi di bendang untuk mengambil seratus gantang , tetapi orang ini telah

 mengambil lebih daripada itu, hal ini menyebabkan orang ini tidak dapat pulang ke

 rumahnya , walaupun beberapa kali di cuba tetapi perahu yang di naikinya itu kembali

 semula ke pengkalan perahu  Haji Abdul Rahman Limbong.[16]   

            Selain itu peristiwa lain yang menunjukkan keramatnya (HARL) ialah apabila

 beliau dikatakan boleh menghilangkan diridan muncul kembali di tampat lain .Dalam

kejadian itu , beliau mulanya kelihatan bersendirian berselimut dengan kain pelikat

duduk di atas batu tetapi telah tiba-tiba berada semula di tebing sungai sedangkan di situ

 tidak ada perahu dan beliau juga tidak di dapati berenang. Sehubungan itu seorang

 inggeris melaporkan bahawa:


                        “At the pulau Manis shrine (tenmiles up the driver a month ago in the
                          Presence of many witnesses he sundenly vanished, and in the same hour 
                          appeared to others of his discipiles Terengganu Town”.[17]


            Seterusnya keanehan Haji Abdul Rahman Limbong juga dirasai oleh orang yang

 dikerahkanya untuk membersihkan jalan. Beliau telah menghantar pesan untuk

 menjemput orang-orang berkenaan tetapi mereka yang dihubungi itu menyatakan

 bahawa panggilan itu bukanya di buat oleh (HARL),mereka kemudianya di serang

 penyakit senat perut ,tetapi anehnya sakit perut itu hilang apabila mereka datang

 bekerja. Selain itu keluarbiasaanya juga dapat dilihat apabila beliau tidak basah di timpa

 hujan walaupun  Cuma berterendak, keadaan yang sama dikatakan pernah di alami oleh

 seorang muridnya yang berteduh dalam jubah beliau semasa dalam perahu, manakala

 orang lain termasuklah pengayuh basah di timpa hujan.[18]  Keistimewaan yang ada

 padanya ini mengukuhkan lagi ketokohan beliau yang di katakan pengerak sejarah.

            Ketokohan Haji Abdul Rahman Limbong dapat di buktikan lagi apabila beliau

 merupakan seorang Alim Ulama atau tokoh agama. Haji Abdul Rahman Limbong di

 katakan seorang alim ulama yang kuat beramal, ini dapat di buktikan apabila beliau

 menggunakan sebahagian waktu malamnya untuk beribadat kepada allah terutamanya

 pada bulan puasa . Pada hari raya pula beliau akan mengurungkan diri di dalam

 rumahnya selepas sembahyang hari raya dan beribadat tanpa menghiraukan mereka yang

 datang membawa makanan untuknya .Kealimanya juga dapat di lihat melalui cara

 pemakaianya yang dikatakan sentiasa memakai baju melayu atau jubah putih, terendak

 dan teropah. Beliau juga tdak suka memakai benda yang di buat oleh orang kafir malah

 apabila berjalan di perkampungan china beliau akan menyamak kakinya dan dia juga

 tidak pernah bertentangan mata dengan perempuan  walaupun perempuan itu muridnya

 sendiri.[19] Selain daripada itu juga ketokohan Haji Abdul Rahman Limbong sebagai alim

 ulama dan tokoh agama dapat dilihat apabila beliau  dengan sukarelanya mengajar

 di suraunya di Jenggok Tong, Baladau dan apabila berlakunya kematian terhadap Tokku

 Paluh, beliau telah berulang-alik pula ke Kuala Terengganu, khususnya untuk mengajar

 di surau Sayid al-Sagof, ramai orang yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu datang

  untuk mengikuti pengajaran beliau sehinggakan tidak ada ruang kosong  di surau itu.

 Pada tahun 1920 an inilah namanya menjadi sebutan sebagai guru yang berkelayakan

 dan setanding dengan Tokku Paluh.

            Pengajaran yang di usahakannya meliputi pelbagai ilmu islam, manakala kitab-

kitab yang digunakan untuk mengajar adalah kitab-kitab yang berkedudukan tinggi

 seperti Siyarul Solikin, Darul Al- Nafis dan Multtamimmah. Selain itu pengajaran yang

 dikendalikan oleh beliau  tidak hanya bertumpu di Kuala Terengganu, beliau juga pada

 masa yang sama  turut mengajar di tempat lain seperti Ulu Terenggnu, Telemong dan

 pada waktu-waktu yang lain beliau bertugas di Beserah, Brunai, Riau Kelantan, Pahang

 dan juga Kedah, pendek kata di mana saja beliau singgah dalam pengembaraanya beliau

 akan mengajar di samping belajar mencari idea-idea baru. Ketokohanya sebagai tokoh

 agama dapat dibuktikan apabila pengaruh agamanya bukan saja berkisar di sekitar

 Terengganu malah murid-murid beliau jelas terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat

 termasuklah dari golongan istana.[20] Ketokohanya sebagai guru agama telah

 menyebabkan beliau dijadikan pemimpin oleh rakyat dan dengan kepimpinan ini sudah

 cukup untuk membuktikan bahawa beliau layak di gelar sebagai pengerak sejarah dalam

 peristiwa pemberontakan tani.

            Selain itu, ketokohan terakhir yang dapat di lihat pada diri Haji Abdul Rahman

 Limbong sehingga beliau di anggap sebagai penggerak sejarah  ialah beliau merupakan

 seorang yang berhemah tinggi, ini dapat dilihat apabila beliau digambarkan sebagai “a

 very  holy man with a very big influence and very generous to the rayat”[21] Sikap

 berhemah tinggi beliau dapat di buktikan lagi apabila dia sangat mengasihi kanak-kanak

 serta menghormati orang miskin dan anak-anak yatim, hal ini dapat dilihat apabila beliau

 memberi layanan yang istimewa kepada kanak-kanak pada bulan puasa dan sifat

 pengasih dan rendah diri ini dapat dilihat dari kesanggupanya mencuci air kencing

 kanak-kanak yang datang ke suraunya. Selain itu beliau sangat menitik beratkan

 pendidikan kanak- kanak yang menurutnya harus dilayan dan dihormati seperti orang

 dewasa dan sebagai ganjaran mereka akan menghormati orang dewasa pula. Beliau juga

 sentiasa menjauhkan diri daripada dipengaruhi oleh semangat kebendaan ini dapat dilihat

 apabila keadaan rumahnya tidak memperlihatkan apa-apa hiasan.

Selain itu beliau juga di katakan tidak pernah memakai dan membeli benda-benda yang dibuat oleh orang bukan islam malah apabila berjalan di perkampungan china beliau akan menyamak kakinya  dan Haji Abdul Rahman Limbong juga dikatakan tidak pernah bertentangan mata dengan perempuan, walaupun perempuan itu muridnya sendiri. Sikap berhemah tinggi beliau dapat di buktikan lagi apabila dia telah menyediakan bantuan kepada orang ramai dan selalu menolong orang ramai seperti mana pertolongan yang diberikan kepada golongan petani dalam mempertahankan hak mereka sehingga sanggup mengorbankan tenaga dan wang ringgit[22] semata-mata ingin melihat golongan petani bebas daripada penindasan pihak inggeris tanpa meminta sebarang ganjaran dan tanpa menggunakan pengaruhnya untuk kepentingan dirinya sendiri. Melalui  sifat-sifat yang mulia seperti berhemah tinggi yang telah di tunjukkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong menyebabkan rakyat tidak segan silu  dalam menjadikan beliau sebagai ketua dan petunjuk kepada mereka. Dengan ini dapatlah di jelaskan bahawa Haji Abdul Rahman Limbong harus di pandang sebagai penggerak sejarah berdasarkan kepada sifat kepimpinan yang di miliki oleh beliau.



PENUTUP

             Kesimpulanya, berdasarkan peristiwa pemberontakan petani yang berlaku pada

 tahun 1928 di Terengganu dapatlah di buktikan bahawa Haji Abdul Rahman Limbong

 lah yang harus di pandang sebagai pengerak sejarah jika dilihat melalui ketokohan yang

dimiliki oleh beliau samaada dalam bidang politik, ekonomi mahupun dari segi sosial

 sehingga beliau di beri kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi ketua dan petunjuk

 kepada rakyat dalam menentang pembaharuan yang di perkenalkan oleh pihak inggeris,

 di mana pembaharuan yang di lakukan oleh inggeris telah membebankan rakyat dan

 menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat, di sebabkan oleh hal inilah

 menyebabkan rakyat yang di ketuai oleh Haji Abdul Rahman Limbong bagkit dalam

 menentang pendudukan inggeris di Terengganu . Melalui perjuangan inilah dapat dilihat

 ketokohan yang di tunjukkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong dalam memperjuangkan

 hak rakyat sehingga beliau telah di hantar ke singapura dan seterusnya di hantar ke

mekah kerana di dapati bersalah dalam menghasut golongan rakyat dan pada bulan

 November tahun 1929 beliau telah meninggal dunia di mekah.[23]  Walaupun beliau telah

 meninggal dunia namun peranan dan pengaruhnya telah mencipta sejarah yang penting

 kepada masyarkat khususnya masyarakat petani. Selain itu melalui peristiwa ini juga

 dapat menunjukkan bertapa lemahnya golongan pemerintah pada masa ini kerana di

 katakan dengan mudah dipengaruhi oleh pihak inggeris sehinggakan tugas pemimpin

 telah di galas oleh seorang rakyat yang berjiwa kental iaitu Haji Abdul Rahman Limbong

 dalam bangkit bersama rakyat yang lain untuk mempertahankan hak mereka.



[1] Muhd Yusof  Ibrahim, Pengertian Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hal. 4.
[2] Arba’iyah  Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
  2002, hal.3.
[3] Abdul Rahman Haji Abdullah, Penghantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.23.
[4]Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hal. 462.
[5]Ibid, hal 1028.
[6]1bid hal 1273.

[7] Mohammad bin Endut, Penderhakaan di Terengganu, Latihan Ilmiah, Kuala Lumpur: Jabatan Universiti           Sains Malaysia, hal. 32.
[8] Timah Hamzah, Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,     1981, hal. 28-29.
[9]Abdullah Zakaria bin Ghazali, Malaysia In History, jil 19, No. 1,1992, .hal. 13.
[10]Timah Hamzah, Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hal. 30-31.

[11]Dr. Abdul Rahman Hj Abdullah, Gerakkan Anti Penjajah di Malaysia 1151-1950 (Pengaruh Agama dan Tangkat, Kintan Sdn Bhd, 1994, hal. 88.
[12]Timah Hamzah, Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1981, hal. 62.
[13]Haji Buyong Bin Adil, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hal. 235.
[14] Muhammad Abu Bakar, Ulama Terengganu Suatu Sorotan, Utusan Publication dan Distributors Sdn Bhd, 1991, hal.193.
[15] Timah Hamzah, Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hal.
[16] Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Malaysia in History, Jil 19, No .1,1992, hal. 15.
[17]Muhammad Abu Bakar, Ulama Terengganu Suatu Sorotan, Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd, 1991, hal. 195.
[18]Ibid, hal. 195-196.
[19] Muhammad Abu Bakar, Ulama Terengganu Suatu Sorotan, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, 1991, hal.192.
[20] Muhammad Abu Bakar, Ulama Terengganu Suatu Sorotan, Utusan Publicatoans and Distributors Sdn Bhd, 1991, hal.194.
[21] Ibid, hal. 192.
[22] Timah Hamzah, Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hal. 34.
[23] Haji Buyong Adil, Sejarah Terengganu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hal. 195.




BIBLIOGRAFI


 Abdul Rahman Haji Abdullah, 2003, Penghantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan

 Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Zakaria bin Ghazali, 1992, Malaysia In History, Jilid 19, No1.

Arba’iyah Mohd Noor, 2002, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan

 Bahasa dan Pustaka.

Dr.Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Gerakkan Anti Penjajah di Malaysia 1151-1950(

Pengaruh Agama Tarikat), Kintan Sdn Bhd.

Haji Buyong  bin Adil, 1985, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad

15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Haji Buyong bin Adil, 1982, Sejarah Terengganu, Kuala  Lumpur:Dewan Bahasa dan

 Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat,2007, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohamed bin Endut, 1928, pendeharkaan di Terengganu, Latihan Ilmiah, Kuala

 Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Sains Malaysia.

 Muhd Yusof Ibrahim, 1986, Pengertian Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

 Pustaka.

Muhammad Abu Bakar, 1991, Ulama Terengganu Suatu Sorotan, Utusan Publications

 and Distributors Sdn Bhd.

 Timah Hamzah, 1981, Pemberotakan Tani 1928 di Terengganu, Kuala Lumpur: Dewan

 Bahasa dan Pustaka. 


No comments:

Post a Comment