Monday, 2 January 2012

KONSEP TRINITY DALAM AGAMA KRISTIAN


PENDAHULUAN
Masalah berbilang Tuhan adalah masalah umum dalam seluruh kebudayaan kuno. Golongan Mesir kuno, Australia, Babylon, Parsi, Hindu, Tionghua dan Yunani mengatakan banyak Tuhan walaupun berlainan jumlah Tuhan.[1] Ajaran Nabi Isa adalah mengesakan Allah, namun selepas diangkat ke langit, timbul pelbagai tafsiran dan percanggahan sebahagian besarnya dibuat oleh Paulus atau Paul. Paul, nama sebenarnya Saul yang berasal dari Tarsus, Turki, merupakan seorang bangsa Yahudi dari keturunan suku kaum Benyamin. Paul mendapat pendidikan Taurat, pendidikan ala Romawi serta ilmu falsafah Yunani.[2]
Perlu ditekankan di sini, bahawa Paul bukanlah terdiri daripada murid atau pengikut Nabi Isa a.s. Bahkan Paul tidak pernah bertemu dan tidak pernah mendengar sebarang peringatan daripada nabi Isa a.s.[3]
Pada awalnya, beliau menganut fahaman Farisi iaitu fahaman anti ajaran Nabi Isa a.s walaupun dia tidak pernah berjumpa nabi Isa a.s. Akhirnya, Paul telah memeluk agama Kristian setelah dia mendakwa menyaksikan pancaran cahaya serta mendengar suara dari langit yang kononnya suara Nabi Isa a.s ketika dalam perjalanan ke Damsyik. Pada tahun 313 Masihi, Constantine I, iaitu maharaja empayar Baizantin (jajahan timur Rom) telah memeluk agama Kristian. Dengan sokongan ini, Kristian telah tersebar luas di bawah empayar Rom. Namun begitu, Kristian pasa masa tersebut masih tidak mempunyai rukun kepercayaan atau teologi. Lebih-lebih lagi setelah berlaku satu konflik dalam agama Kristian yang mana Arius, seorang paderi Alexandria mengatakan bahawa  Nabi Isa bukan Tuhan. Ini menjadi ancaman kepada golongan Kristian yang menganggap Nabi Isa sebagai tuhan. Maka, pada 325 Masihi, satu persidangan yang dikenali sebagai Council of Nicaea yang ditaja oleh Maharaja Constantine I telah diadakan bagi menolak fahaman yang dibawa oleh Arius. Pada perhimpunan tersebut, Paul telah memainkan peranannya dalam menetapkan doktrin Kristian yang dipercayai dan dipegang oleh para penganut Kristian hingga ke hari ini.[4] Konsep Triniti telah diterima sebagai pegangan rasmi gereja pada tahun 451M dengan persetujuan Pope dan sebarang penolakan dianggap sesat.[5]
KONSEP AL-NASARA
            Perkataan Nasrani bermaksud orang yang mengikuti ajaran Nabi Isa dan berasal dari Nazaret dahulunya. Agama yang dibawa oleh baginda digelar Al-Nasara bukannya sebuah agama baru namun lanjutan daripada agama yang dibawa oleh Nabi Musa berlandaskan kitab Taurat. Namun selepas diangkat ke langit, ramai orang-orang menyelewengkan agamanya aslinya terutama Romawi yang tidak menyukai ajaran tauhid. Terdapat 4 versi kitab Injil yang diselewengkan iaitu Injil Matius (65 M), Injil Markus (61 M), Injil Lukas (95 M) dan Injil Yahya (100 M).[6]
            Keempat-empat kitab ini dibuat berdasarkan kefahaman sendiri bukannya ajaran Nabi Isa yang asli. Jelas dilihat apabila berlaku percanggahan antara anak murid baginda iaitu Matius dan Barnaba. Paulus pernah bersama Barnaba untuk menyebarkan agama Kristian namun berlaku pertengkaran kerana Paulus telah menukar versi asal agama suci Isa. Oleh hal yang demikian, Barnaba terus mengarang kitabnya berdasarkan ajaran Nabi Isa yang sebenar.[7] Di dalam kitabnya jelas menyatakan Al-Masih adalah utusan Allah s.w.t bukannya anak tuhan, akan muncul nabi terakhir iaitu Muhammad s.a.w, keEsaan terhadap Allah dan segalanya karangannya mirip Islam yang sebenar. Sebab itulah, kitab karangannya ditolak dan siapa yang mengamalkannya dianggap sesat.
            Pada abad ke XVI, seorang pendeta berbangsa Sepanyol bernama Vramerino menjumpai sebuah kitab milik Irianius iaitu anak murid kepada Yahya bin Zabidi, salah seorang orang yang paling rapat dengan Nabi Isa. Di dalam kitab tersebut menceritakan semula apa yang ditulis oleh Barnaba menyebabkan beliau berhasrat untuk mengkaji isi sebenar kitab Barnaba. Beliau berjaya mendapatkannya dari gereja Vatikan dan hasil kajiannya menjumpai segala tulisan kitab Barnaba mirip ajaran Islam. Kemudian Vramero terjemahkannya dalam bahasa Sepanyol serta memeluk Islam.[8] Jelas di sini, percanggahan di antara Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru menunjukkan ketidakbenaran agama Kristian yang sebenarnya sentiasa berubah-ubah mengikut citarasa manusia. Ajaran Nasara yang dibawa oleh Nabi Isa a.s kini tidak lagi suci kerana ia telah dikotori oleh tangan-tangan paderi yang tidak bertanggungjawab.
  KEKELIRUAN TENTANG NABI ISA A.S DI SALIB
 Keterangan kitab Injil, Nabi Isa telah disalibkan dan mati di atas kayu berpalang atau berbentuk (+).[9] Pemahaman agama Kristian mengenai kematian Nabi Isa kerana menjadi pengantara penebus dosa manusia kerana mereka mempercayai sejak awal kelahiran lagi manusia mempunyai dosa, jadi Allah menghantar satu-satunya anak yang dimiliki untuk menjadi korban kepada manusia. Kelahiran Nabi Isa a.s yang luar biasa menyebabkan terdapat pengikutnya yang melampau menyatakan Nabi Isa a.s adalah anak Tuhan. Sekali lagi persoalan besar timbul ialah apakah status Tuhan bapa mempunyai status yang sama dengan Tuhan anak.[10] Dalam kehidupan sosial masyarakat kita pun sebenarnya amat tidak waras dan mustahil status kuasa bapa sama dengan status kuasa anak. Ajaran agama memerintahkan anak-anak hendaklah mentaati dan menghormati ibu bapa.
Dalam al-Quran dipetik firman Allah tentang percakapan Nabi Isa a.s dalam surah Maryam surah 30-33:
Maksudnya: Berkata Nabi Isa, ” Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku al-Kitab,(Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintah kepadaku (mendirikan solat, zakat selama aku hidup, dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka”. [11]

Berdasarkan ayat ini Nabi Isa tidak menganggap dirinya Tuhan kerana salah satu sifat Allah ialah Tuhan segala sekalian alam  sedangkan kehidupan Nabi Isa hanya mentadbir sekitar Baitulmaqdis di Palestin. Persoalan besar timbul bagaimana Nabi Isa boleh bertindak sebagai Tuhan sekalian alam kerana kehidupannya hanya terbatas dan terhad. Sebenarnya, di dalam kitab Kristian juga tidak pernah tertulis  lafaz daripada Nabi Isa supaya menyembahnya.[12] Dalam ayat di berikut:
Markus 12:28. Lalu seorang ahli Taurat, yang mendengar Yesus dan orang-orang Saduki bersoal jawab dan tahu, bahwa Yesus memberi jawab yang tepat kepada orang-orang itu, datang kepada-Nya dan bertanya: "Hukum manakah yang paling utama?"
12:29 Jawab Yesus:“Hukum terutama ialah: Dengar, hai orang israel, tuhan Allah kita, Tuhan itu Esa.
            Maka jelaslah bahawa pemahaman Kristian mengenai Nabi Isa sudah terpesong jauh dan mereka sendiri keliru samada Nabi Isa tuhan, anak tuhan atau anak manusia. Kekeliruan ini timbul kerana percanggahan di dalam al-kitab mereka sendiri namun di dalam al-Quran jelas menceritakan  Nabi Isa merupakan pesuruh Allah dalam menyampaikan kebenaran kepada manusia, bukannya anak kepada Tuhan.[13]
KONSEP TRITUNGGAL DALAM AGAMA KRISTIAN
Perkara yang paling sukar tentang konsep Tritunggal orang Kristian adalah tidak ada jalan yang cukup baik untuk mereka menjelaskannya. Konsep tritunggal mustahil difahami oleh manusia manapun, apalagi hendak menjelaskannya. Tuhan itu jelas jauh lebih besar daripada kita oleh yang demikian kita tidak boleh berharap untuk dapat memahami Tuhan dengan sepenuhnya. Alkitab mengajar bahawa Bapa itu Tuhan, Yesus itu Tuhan dan Roh Kudus itu Tuhan. Alkitab juga mengajar bahawa hanya ada satu Tuhan. Walaupun kita dapat memahami beberapa fakta tentang perhubungan di antara peribadi yang berbeza pada Tritunggal, akhirnya ia tidak dapat difahami fikiran manusia dengan sepenuhnya.[14]
            Persoalan mudah mengenai Roh Kudus juga tidak berjaya mereka kupas dengan baik kerana mereka tidak tahu samada Roh Kudus Tuhan, kuasa ajaib, petunjuk dari Allah ataupun malaikat Jibril. Fakta-fakta yang menunjukkan Roh Kudus ialah Tuhan boleh dilihat dengan ketara dalam banyak ayat-ayat suci Kitab Injil seperti Kisah Rasul-Rasul 5:3-4. Dalam ayat ini, Petrus menegur Ananias dan bertanya mengapa dia menipu Roh Kudus dan berkata bahawa Ananias “bukan hanya menipu manusia tetapi juga Tuhan.” Adalah ketara bahawa menipu Roh Kudus adalah sama dengan menipu Tuhan. Kita juga boleh mengetahui bahawa Roh Kudus ialah Tuhan kerana Dia mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat ketuhanan. Sebagai contoh, Roh Kudus hadir di semua tempat seperti yang dikatakan di Mazmur 139:7-8, “Ke manakah aku dapat pergi untuk menjauhkan diri daripada roh-Mu, ke manakah aku dapat lari dari hadirat-Mu? Jika aku pergi ke syurga, Engkau di sana; jika aku tidur di alam maut, Engkau di sana juga.” Kemudian di 1 Korintus 2:10 kita dapat melihat sifat maha-pengetahuan Roh Kudus. “Tetapi melalui Roh-Nya, Allah menyatakan rancangan-Nya kepada kita. Roh Allah menyelidiki segala sesuatu, bahkan rancangan Allah yang paling tersembunyi sekalipun.”[15]

                Kita ketahui bahawa Roh Kudus adalah Bersendirian kerana Dia mempunyai fikiran, emosi dan tekad. Roh Kudus berfikir dan mengetahui (1 Korintus 2:10). Roh Kudus boleh dipisahkan (Efesus 4:30). Roh Kudus membuat rayuan bagi pihak kita (Roma 8:26-27). Roh Kudus membuat keputusan mengikut kehendaknya sendiri (1 Korintus 12:7-11). Roh Kudus ialah Tuhan, Orang Ketiga dalam Triniti. Seperti Tuhan, Roh Kudus boleh berfungsi sebagai Penasihat dan Pembawa ketenangan yang dijanjikan oleh Yesus (Yohanes 14:16,26; 15:26).[16]
            Ayat di atas jelas menunjukkan Roh Kudus adalah Tuhan sedangkan pengajaran agama Kristian mengajarkan bahawa Roh Kodus dapat dimiliki jika penganutnya benar-benar beriman kepada Kristus. Adalah pelik jika seseorang itu mendapat Tuhan, oleh sebab itu sehingga kini perdebatan mengenai kedudukan Roh Kudus di dalam agama Kristian tidak pernah selesai.
KONSEP KETUHANAN YANG KELIRU
Di dalam ajaran agama Kristian, terdapat kalimah di dalam Al-kitab mereka menunjukkan Allah seakan-akan manusia. Oleh sebab itu mereka menyatakan Nabi Isa adalah anak Tuhan yang tunggal, sedangkan di dalam agama Islam menggambarkan Allah tidak mempunyai anak dan sifatnya lansung tidak sama dengan manusia walaupun sebesar biji sawi. [17]
               Paulus  dengan jelas mengatakan  bahawa orang-orang Kristian menerima Roh Kudus pada saat mereka percaya kepada Yesus Kristus sebagai penyelamat. 1 Korintus 12:13 mengisytiharkan bahawa, "Demikian juga kita semua, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi, baik hamba mahupun orang bebas; kita semua sudah dibaptis oleh Roh yang sama, supaya kita menjadi satu tubuh. Tuhan sudah mencurahkan Roh yang sama itu kepada kita." Roma 8:9 menjelaskan bahawa jika seseorang tidak mempunyai Roh Kudus, dia bukan kepunyaan Kristus - "Tetapi kamu tidak lagi hidup menurut tabiat manusia. Kamu hidup menurut kehendak Roh Allah – jika Roh Allah menguasai hidup kamu. Sesiapa tidak mempunyai Roh Kristus, orang itu bukan milik Kristus." Efesus 1:13-14 mengajar kita bahawa Roh Kudus ialah jaminan penyelamatan bagi mereka yang percaya, "Roh itu jaminan bahawa kita akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya. Hal itu menyakinkan kita bahawa Allah akan membebaskan umat-Nya dengan sepenuhnya. Marilah kita memuji kemuliaan-Nya."[18]
            Frasa Roh di dalam al-Kitab mereka menunjukkan keadaan Allah yang mempunyai roh dengan makna kata lain, jika ada Roh sudah tentu ada jasadnya. Ini adalah sesuatu yang pelik kerana mana mungkin Allah mempunyai jasad seperti manusia, dan mana mungkin jika Allah roh bagaimana mahu mengawal segala isi bumi yang didiami manusia. Inilah ajaran yang diciptakan oleh manusia sebenarnya, mereka seharusnya memahami Paul yang mereka anggap seperti Rasul tidak pernah menemui Nabi Isa, tidak pernah berguru dengannya dan tidak pernah menjumpai Nabi Isa. Jadi mana mungkin ajaran yang diasaskan beliau tepat kerana Barnaba sendiri murid Nabi Isa tidak pernah bercakap mengenai Roh Kudus dan bentuk Allah yang mempunyai Roh dan berjasad, ia adalah rekaan Paulus semata-mata. [19]
DOSA WARISAN
            Pada awalnya, dosa warisan tidak pernah wujud di dalam agama Kristian, namun selepas kematian Nabi Isa, Paulus mula mereka-reka cerita bahawa Nabi Isa disalibkan bertujuan untuk pengorbanan di atas dosa-dosa yang dilakukan oleh Adam dan Hawa, justeru dosa tersebut diwarisi oleh anak cucunya sehingga kiamat. Oleh hal yang demikian, Nabi Isa dihantar untuk mengorbankan dirinya semata-mata untuk menghapuskan dosa warisan ini. Jika diteliti penceritaan sebenar, Nabi Isa ditangkap kemudiaanya disalibkan, bermakna wujud paksaan disini. Jika benar Allah yang meminta untuk Nabi Isa mengorbankan dirinya, mengapa baginda ditangkap, bukannya baginda yang mengadakan upacara untuk dirinya disalib.[20]  Di dalam Al-kitab mereka juga tidak pernah menyatakan mengenai dosa warisan ini secara kritis:
"Kita  tahu  bahwa setiap orang yang lahir dari  Allah,  tidak berbuat dosa, tetapi dia yang lahir dari Allah melindunginya,  dan si  jahat  tidak  dapat menjamahnya."(Yohannes  Yang Pertama  5:18).
            Tetapi sesiapa yang makan anggur yang masam, dia sendirilah yang akan merasa masamnya. Setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri.”(Yeremia 31:30)

Kedua-dua ayat diatas jelas menunjukkan manusia yang berbuat baik akan mendapat pahala tetapi jika berbuat jahat akan mendapat dosa. Hal ini bermakna tiada dosa warisan daripada Nabi Adam dan Hawa. Kesilapan terbesar mereka apabila hanya mempercayai kitab yang dikarang Paul secara membabi buta, sebab itulah kesemua Al-kitab mereka bercanggah diantara satu sama lain. Jika difikirkan secara logik akal, adakah Al-kitab yang dianggap suci boleh berubah-ubah penjelasannya. Penurunan Nabi Isa juga menurut pendapat mereka berbeza-beza, ada yang mengatakan untuk membimbing manusia, ada yang mengatakan untuk menebus dosa manusia dan sebagainya. Lihat ayat yang berikut:

Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini, Kristus(Jesus) telah menyerahkan diri-Nya sebagai korban bagi dosa-dosa kita.Dia melakukannya bagi mentaati kehendak Allah bapa kita.(Galatia 1:4)
Maka ayat menunjukkan pertentangan dalam kejadian asal, Jesus menyerahkan dirinya, sedangkan menurut penceritaan sebenar Jesus ditangkap semasa sedang menyorok di dalam gua bersama 12 orang pengikutnya dan lebih jelas menurut Kejadia Lama 3:6, Jesus telah ditangkap oleh tentera Yahudi di bawah arahan Kaisar semasa sedang tidur. Hal ini bermakna, tiada lansung unsur penyerahan diri semasa Nabi Isa ditangkap tambahan lagi semasa kejadian, semua muridnya melarikan diri.[21] Inilah masalahnya apabila agama itu direka-reka mengikut persepsi sendiri sudah tentu akan timbul perbezaan penceritaa.
KESIMPULAN
        Rumusannya kajian mengenai konsep di dalam agama Kristian cukup mudah, pertentangan di antara penceritaan Al-kitab sehingga kini menjadi tanda tanya sehinggakan paderi mereka sendiri tidak tahu menjawanya. Tidak seperti kesucian al-Quran yang sehingga kini terpelihara dan tidak pernah dicemari. Allah s.w.t bersabda di dalam Surah Al Isra:
        88:  Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa al-Qur'an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya (al-Qur’an), sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain".  
89:  Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah mengulang-ulangkan kepada manusia dalam al-
Qur'an ini tiap-tiap macam perumpamaan, tetapi kebanyakan manusia tidak menerima, kecuali mengkufuri(nya). 
Jelas betapa sucinya al-Quran sehingga kini pelbagai cubaan untuk memesongkannya tetapi tidak pernah berjaya. Agama Kristian bukan lagi agama wahyu Allah tetapi rekaan manusia semata-mata.

BIBLIOGRAFI
Agus Hakim, (1973) Perbandingan Agama, Penerbit C.V Diponegoro, Indonesia.
Ahmad Bahjat, (2001) Sejarah Nabi-Nabi Allah, Penerbit Lentera, Jakarta.
Al-Ghazali’s, (1994) Criticsm of Christians Theological Doctrines, Muslim Youth Movement of Malaysia, Kuala Lumpur.

Azizan Sabjan,(2009) The People of the Book and the People of a Dubious Book in Islamic Religious Tradition, Penerbit USM, Pulau Pinang.

Golam Al-Mahdi, (2003) The Inevitable Victory: The Coming of Jesus, A.S Noorden Publishing, Kuala Lumpur.

Hasbullah Bakry, (2006) Jesus Christ in The Quran: Muhammad In The Bible, is Jesus Prophet or God, S.Abdul Majeed & Co. Publishing Division, Selangor.

H.M Arsyad Thalib Lubis, (1982) Perbandingan Agama Kristen dan Islam, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur.

Khadijah Mohd. Khambali,(1993) Konsep Trinity Menurut Agama Kristian Dan Pandangan Islam Terhadapnya, Akademi Islam, Universiti Malaya.
M. Amien Abdullah, (2005) Kitab Suci Agama-Agama, Refleksi Masyarakat Baharu, Indonesia.

H.M Arsyad Thalib Lubis, (1981) Perbandingan Agama Kristen dan Islam, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur

Joesoef Sou’yb,(1983) Jesus Prophet of Islam, Gama Cipta, Jakarta.

Maneh Hammad Al-Johani, (1998) The Truth About Jesus, Jahabersa Press, Kuala Lumpur.

Mohd. Fauzi Awang, (1971) Ugama-Ugama Dunia, Penerbit Aman Press, Kelantan.

Muhammad Ali Alkhuli, (1980) The Truth About Jesus Christ, Al-Falah Publication, Jordan.


S.H Rahmat, (1979) Kajian Mengenai Agama-Agama, Pustaka Aman Press, Kelantan.




[1] Mohd. Fauzi Awang, Ugama-Ugama Dunia, Penerbit Aman Press, Kelantan. Hlm. 14.
[2] Agus Hakim, Perbandingan Agama, Penerbit C.V Diponegoro, Indonesia. Hlm. 77.
[3] H.M Arsyad Thalib Lubis, Perbandingan Agama Kristen dan Islam, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur. Hlm.50.
[4] Hasbullah Bakry, Jesus Christ in The Quran: Muhammad In The Bible, is Jesus Prophet or God, S.Abdul Majeed & Co. Publishing Division, Selangor. Hlm 75.
[5] S.H Rahmat, Kajian Mengenai Agama-Agama, Pustaka Aman Press, Kelantan. Hlm. 502.
[6] Maneh Hammad Al-Johani, The Truth About Jesus, Jahabersa Press, Kuala Lumpur. Hlm. 39.
[7] H.M Arsyad Thalib Lubis, Perbandingan Agama Kristen dan Islam, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur. Hlm. 157.
[8] Joesoef Sou’yb, Jesus Prophet of Islam, Gama Cipta, Jakarta. Hlm. 14.
[9] Muhammad Ali Alkhuli, The Truth About Jesus Christ, Al-Falah Publication, Jordan. Hlm. 20.
[10] Ahmad Bahjat, Sejarah Nabi-Nabi Allah, Penerbit Lentera, Jakarta. Hlm.  401.
[11] Al-Quran, Sural Al-Maryam.
[12] Golam Al-Mahdi, The Inevitable Victory: The Coming of Jesus, A.S Noorden Publishing, Kuala Lumpur. Hlm. 173.
[13] M. Amien Abdullah, Kitab Suci Agama-Agama, Refleksi Masyarakat Baharu, Indonesia. Hlm. 151.
[14] Khadijah Mohd. Khambali, Konsep Trinity Menurut Agama Kristian Dan Pandangan Islam Terhadapnya, Akademi Islam, Universiti Malaya, 1993 (Tesis M.A) hal. 229-230

[15] H.M Arsyad Thalib Lubis, Perbandingan Agama Kristen dan Islam, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur. Hlm. 260.
[16] Al-Ghazali’s, Criticsm of Christians Theological Doctrines, Muslim Youth Movement of Malaysia, Kuala Lumpur. Hlm. 3.
[17] Azizan Sabjan, The People of the Book and the People of a Dubious Book in Islamic Religious Tradition, Penerbit USM, Pulau Pinang. Hlm. 109.
[18] H.M Arsyad Thalib Lubis, Perbandingan Agama Kristen dan Islam, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur. Hlm. 264.
[19] Ibid, Hlm. 98.
[20] Ahmad Bahjat, Sejarah Nabi-Nabi Allah, Penerbit Lentera, Jakarta. Hlm.  402.
[21] H.M Arsyad Thalib Lubis, Perbandingan Agama Kristen dan Islam, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur. Hlm. 115.

2 comments:

  1. Keterangannnya sangat bagus dan jelas sekali, tapi bagaimanapun juga kaum kristiani tetap membangkang tidak mau tahu sampai kapanpun, persis sama seperti apa yang tertulis dalam Al Quran karena mereka orang kristian sangat bebal dan ngotot dalam pendiriannya walaupun dalam hati kecil mereka, mereka juga tahu bahwa itu pendapat yang tidak rasional, bolak balik, putar sana putar sini seperti ahli sulap : sim .. salabim ......... bebal sampai dunia kiamat !

    ReplyDelete
  2. keterangan yang sangat jelas. terima kasih. mohon izin untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan. terima kasih :)

    ReplyDelete