Monday 2 January 2012

ASAS-ASAS SEJARAH DUNIA

Pembesar di Vietnam dan Burma sebelum kedatangan barat.

Pengenalan

1. Sistem pembesar di Myanmar dan Vietnam diwujudkan membantu raja dalam pemerintahan.
2. Golongan ini menduduki lapisan kedua selepas raja dalam sistem feudal.
3. Pembesar ini mempunyai kuasa terhad dan sentiasa diawasi oleh pihak istana.

1. Sistem pembesar di Vietnam

1. Sebelum kedatangan Perancis ke Indo-China, negeri-negeri di Indo-China ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak yang memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.
2. Semasa pemerintahan maharaja Gia-Long, golongan mandarin yang mengetuai setiap birokrasi di Vietnam.
3. Golongan mandarin ini dipengaruhi oleh system pentadbiran di Negara China, mereka dipilih melalui peperiksaan awam dalam bidang bahasa dan klasik, Confucius.
4. Golongan mandarin mengetuai kementerian (Quan-quan).
5. Terdapat enam kementerian (quan) di mana Quan Awam mempunyai taraf yang lebih tinggi.
6. Golongan mandarin bertindak sebagai pembesar dan mempunyai kedudukan istimewa dalam system pentadbiran awam.
7. Terdapat pembesar di peringkat daerah. Tanggungjawab mereka seperti mengutip cukai, kendalikan urusan kehakiman, melatih anggota tentera dan menjalankan upacra keagamaan serta adapt istiadat.
8. Pembesar paling bawah adalah pembesar peringkat kampong yang mengendalikan urusan pentadbiran kampong.

2. Sistem pembesar di Mynmar.

1. Einshemin atau Raja Muda mempunyai istana dan pegawai sendiri. Raja Muda mengawal hal ehwal negeri.
2. Pembesar-pembesar dibahagikan mengikut pangkat atau kedudukan mereka.
3. Lapisan yang teratas dalam hierarki kerajaan pusat ialah empat orang wungyi, mereka membentuk Hluttaw atau Majlis Diraja.
4. Hluttaw menguruskan pentadbiran mengikut perintah raja dan bertindak sebagai mahkamah yang mengendalikan kes-kes jenayah dan awam.
5. Wungyi dibantu oleh menteri kelas kedua iaitu Wun atau Pegawai Tinggi Kerajaan.
6. Ahmudan atau Pegawai Diraja mengendalikan pentadbiran dalam istana. Ahmudan mempunyai pengaruh kuat ke atas raja kerana hubungan rapat dengan raja.
7. Pentadbiran di peringkat daerah dikendalikan oleh orang Myowun ataupun gabenor. Mereka ini bertugas di ibu negeri dan mempunyai kuasa awam dan ketenteraan. Mereka berperanan mengutip cukai dan menyerahkan 60%-80% daripada cukai ini kepada raja. Selain itu mereka juga merupakan pengiring raja semasa utusan asing menghadap raja di istana.
8. Akunwun iaitu pengutip cukai serta mandur dan sitke iaitu pegawai polis tentera menduduki lapisan selepas Myowun.
Golongan ini membantu Myowun dalam melaksanakan perintah kerajaan pusat.

Kesimpulan.

1. Pembesar di Vietnam dan Mynmar berperanan membantu raja demi melicinkan pentadbiran pusat, wilayah, daerah dan kampong.

2. Walaupun mereka menjalankan pentadbiran diperingkat tertentu, kuasa mereka adalah terhad dan di bawah kawalan raja mereka.
 

Peranan maharaja China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat.

Pendahuluan

1. Sistem beraja merupakan satu bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kebanyakan negara di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia timur.
2. Sistem ini berasaskan campuran sistem tempatan dengan pengaruh agama Buddha dan Confucius di China dan Shinto di Jepun.
3. Maharaja di China dan Jepun memainkan peranan penting dalam kerajaan sehinggalah pemantapan kuasa barat.

CHINA

1. Gelaran maharaja mula diguna pakai semasa pemerintahan maharaja Shih Huang Ti (221 – 210 S.M) dari Dinasti Chin.
2. Maharaja menduduki tonggak kerajaan dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di peringkat pusat
3. Maharaja memberikan kuasa autonomi kepada pentadbir awam dan gabenor di peringkat wilayah Tradisi masyarkat China menganggap maharaja sebagai Son of Heavan iaitu maharaja dikatakan mendapat mandat dari syurga untuk memerintah dunia.
4. Maharaja mempunyai kedudukan yang paling tinggi dan berpengaruh di dunia dan bertanggungjawab penuh ke atas keamanan dan kemakmuran rakyat dan Negara Sebarang bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh maharaja akan menyebabkan baginda kehilangan mandat dari syurga dan dan Negara akan mengalami kemusnahan dan bala bencana Sebagai balasan ,wujud kebangkitan menentang sistem pemerintahan maharaja seperti dalam Dinasti Manchu pada akhir abad ke 19

JEPUN

1. Sistem pemerintahan maharaja agak berbeza dibandingkan dengan negara lain di Asia, Maharaja di Jepun tidak mempunyai kuasa khususnya selepas tahun 1192M.
2. Kekuasaan sebenar dalam pemerintahan terletak di tangan golongan bangsawan yang dikenali sebagai daimyo.
3. Daimyo mampu meluaskan pengaruh dengan menguasai wilayah-wilayah lain di samping mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah mutlak.
4. Pada masa pemerintahan Shogun Tokugawa tahun 1603 beliau menerajui pemerintahan dengan kuasa penuh.
5. Golongan Shogun merupakan pentadbir daerah yang menduduki kelas kedua selepas maharaja. Maharaja hanya menjadi boneka di istana.
6. Pemerintahan sebenar dilakukan oleh Shogun Tokugawa yang dianggap sebagai maharaja Jepun. Setelah maharaja Meiji menaiki takhta pada tahun 1868 menggantikan Keshogunan Tokugawa, negara Jepun mengalami satu proses peralihan dari zaman tradisional kepada era pemodenan.
7. Meiji memperkenalkan pemerintahan pusat dengan menghapuskan sistem feudal yang dikuasai oleh daimya dan samurai.

Kesimpulan

1. Di Negara China , sistem beraja tamat apabila tercetusnya Revolusi China tahun 1911.
2. Kejatuhan Dinasti Manchu Februari 1912 menjadi simbol kehancuran pemerintahan bercorak dinasti di China yang kemudiannya diganti dengan sistem republik.
3. Di Jepun pula kerajaan berparlimen diperkenalkan bagi menaikkan imej negara Jepun.
4. Setanding dengan negara barat.
5. Maharaja Meiji memerintah sebagai raja berperlembagaan.


Sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Asia Tenggara.

Pendahuluan

1. Negara-negara Asia Tenggara mengamalkan system pemerintahan beraja sebelum kedatangan Barat
2. Ia merupakan gabungan system tempatan dengan pengaruh Hindu Budha
3. Di Vietnam pula dipengaruhi oleh ajaran Confucius

1. Sebagai ketua pentadbir
a. berkuasa mutlak
b. menduduki hierarki tertinggi
c. berkuasa melantik pembesar

2. Sebagai Dewaraja
a. pengaruh Hindu Budha, maharaja keturunan Dewa atau Tuhan bergelar Dewaraja
b. konsep order kosmos, raja dan istana sebagai pusat kegiatan
c. kuasanya tidak terbatas meliputi keduniaan dan keagamaan
d. Brahmin ber;peranan mengesahkan kedudukan raja melalui pelbagai upacara keagamaan

3. Raja sebagai pelindung dan lambang perpaduan
a. melindungi rakyat dari penginayaan
b. di Thailand Raja dikenali sebagai Tuhan kehidupan
c. Raja sebagai lambang perpaduan masyarakat tempatan

4. Raja berkuasa dalam bidang ekonomi
a. menguasai sumber ekonomi seperti pungutan cukai, hasil pertanian dan kegiatan perdagangan
b. Di Thailand Raja berkuasa ke atas balak dan beras
c. melantik pembesar sebagai pegawai menguruskan semua kegiatan ekonomi
d. Raja menentukan dasar ekonomi Negara
e. Raja membuat hubngan diplomatik untuk tujuan perdagangan

5. Raja sebagai penggubal Undang-Undang
a. Titah Raja menjadi undang-undang yang perlu dipatuhi
b. Berkuasa menjatuhkan hukuman

6. Konsep Dharmaraja
a. Di Thailand raja berkuasa mutlak ke atas nyawa, tanah dan harta rakyat
b. Raja menjadi penaung pengembang agama

Kesimpulan

1. Sistem beraja menpunyai banyak persamaan dalam aspek kedudukan raja dan pengaruh agama
2. Raja berperanan penting mengekalkan keamanan dan kemakmuran Negara
3. Sistem beraja mengalami banyak perubahan selepas campurtangan kuasa Barat di Asia Tenggara.


Adat masyarakat di Myanmar dan India sebelum kedatangan kuasa barat.

Pendahuluan

1. Adat mempunyai pertalian rapat dengan masyarakat . Membentuk satu sistem nilai dan mewujudkan satu peraturan untuk mengawal perlakuan anggota masyarakat.

2. Sebelum kedatangan barat, di Myanmar dan India telah mempunyai sistem adat yang tersusun dan teratur yang diamalkan secara turun-temurun.

1. Myanmar

A. Adat Tanah

§ Tanah milik keluarga, masyarakat dan raja dan bukan milik perseorangan. Golongan yang mempunyai tanah kedudukannnya terjamin daripada disingkir oleh masyarkat. Seorag pemiutang boleh menjualkan diri dan keluarganya tetapi tidak boleh menuai tanah mereka

B. Adat mengadap Raja

§ Pihak istana menetapkan adat mengadap raja perlu dipatuhi kepada golongan bangsawan, rakyat jelata dan perwakilan asing. Contohnya perwakilan asing perlu menunggu di perkarangan istana untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan dan dipandu melewati tiga pintu gerbang yang dikawal oleh pasukan tentera yang berlainan.

C. Adat menanggal kasut

§ Setiap rakyat yang ingin memasuki istana perlu tanggalkan kasut dan tundukkan kepala kerana istana dan persekitarannya adalah kawasan larangan dan merupakan kawsan yang suci. Larangan ini sebagai simbol penghormatan tertinggi rakyat kepada raja.

2. India

Masyarakat di India mengamalkan sistem adat dalam seluruh kehidupan sejak lahir sehingga saat kematian

A. Adat ibu mengandung

§ Ibu yang hamil mempunyai banyak pantang larang kerana ditakuti akan mempengaruhi bayi dalam kandungan seperti tidak boleh melakukan perbuatan yang tidak baik: mengumpat, bergaduh, dengki.

B. Adat kelahiran

§ Masyarakat India tidak menyukai kelahiran bayi perempuan. Oleh itu mereka melakukan adat pembunuhan bayi perempuan. Ini untuk mengelakkan ibu bapa menanggung penderitaan dan malu. Selepas kelahiran, bibir bayi akan disapu madu dan minyak sapi yang dilakukan oleh golongan Brahmin.


C. Adat perkahwinan

§ Sebelum berkahwin mereka akan menetapkan hari yang baik untuk melangsungkan perkahwinan. Ia dilakukan oleh golongan Brahmin. Pihak perempuan hendaklan memberikan dowri kepada pengantin lelaki.

D. Adat Sutte

§ Adat ini diamalkan apabila seorang isteri kematian suaminya. Merupakan pengorbanan diri oleh balu-balu dengan merelakan diri mereka dibakar bersama suami. Diamalkan sebgai bukti kesetiaan. Pada 1818 seramai 800 balu telah menjalani adat ini dipedalaman Benggal. Adat ini telah dihapuskan oleh Willian Bentick melalui Akta 1829.

E. Adat Tidak membenarkan perkahwinan semula balu

§ Balu dilarang berkahwin semula selepas kematian suami, oleh itu larangan menghias diri dan hanya membenarkan pemakaian sari berwarna putih sahaja. Balu juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri.

F. Adat Thuggee

§ Dilakukan oleh golongan Thug di Wilayah Timu Laut India. Merupakan satu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya. Diamalkan oleh kumpulan-kumpulan agama bersenjata yang menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali. Pada 1829 William Bentick membentuk sebuah badan untuk hapuskan golongan Thug.


Kesimpulan

§ Adat dan hukum adat di Myanmar dan India mempunyai peranan dan garis panduan yang harus diikuti oleh setiap anggota masyarakat. Adat di Myanmar tertumpu kepada golongan pemerintah sedangkan di India lebih kepada sistem nilai yang membentuk keperibadian masyarakat.


Susun lapis masyarakat feudal di China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat.

Pengenalan

1. Susun lapis masyarakat feudal China, dan Jepun dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, golongan bangsawan dan pembesar manakala golongan diperintah terdiri daripada rakyat biasa.

A. China

1. Maharaja

a. Lapisan teratas ialah maharaja
b. Maharaja berkuasa mutlak
c. Maharaja mendapat mandat memerintah dari syurga.

2. Bangsawan

a. Menduduki lapisan kedua selepas maharaja.
b. Terdiri daripada pembesar pusat, wilayah dan tempatan.
c. Dilantik dan ditauliahkan kuasa memerintah oleh maharaja.
d. Membantu maharaja dalam pentadbiran negara.
e. Pemilihan pembesar berdasarkan kelulusan Peperiksaan Awam.
f. Kuasa mereka dikawal oleh maharaja.

3. Golongan rakyat biasa.

a. Golongan Sarjana mempunyai kedudukan yang tinggi dan boleh menjadi pegawai kerajaan berdasarkan kelulusan mereka dalam Peperiksaan Awam.
b. Golongan petani dianggap sangat penting kerana mereka membekalkan makanan.
c. Golongan Artisan/tukang mahir, mereka mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu seperti pertukangan besi, kraftangan, dan barangan tembikar.
d. Golongan pedagang- dianggap rendah tarafnya kerana perdagangan dianggap satu pekerjaan yang hina.
e. Golongan hamba – lapisan paling bawah dalam susun lapis masyarakat feudal di China.

B. Jepun

1. Maharaja menduduki lapisan paling atas.

a. Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, maharaja tidak mempunyai kuasa kerana Shogun telah merampas kuasa maharaja.
b. Shogun merupakan pemerintah sebenar di Jepun.
c. Shogun memerintah Jepun menerusi sistem pembesar feudal.


2. Pembesar

a. Pembesar feudal iaitu Daimyo, menduduki lapisan selepas Shogun.
b. Terdapat Daimyo Shimpan, Fudai dan Tozama.
c. Daimyo Shimpan terdiri daripada ahli keluarga Tokugawa, ditempatkan di kawasan strategik.
d. Daimyo Tozama ialah daimyo luar, dikawal ketat oleh shogun kerana daimyo ini tidak menyetujui pemerintah shogun.

3. Pahlawan

a. Mereka digelar Samurai atau panglima jepun yang kuat, menduduki lapisan selepas daimyo.
b. Samurai sangat setia kepada daimyo.
c. Samurai dilarang melibatkan diri dalam pekerjaan lain walaupun di masa aman.

4. Petani

a. Petani menduduki lapisan selepas Samurai.
b. Memainkan peranan membekalkan beras kepada rakyat.
c. Mereka dikehendaki membayar 40-50% hasil keluaran beras mereka kepada daimyo sebagai cukai tahunan.

5. Golongan Artisan

a. Meraka mahir dalam bidang pertukangan seperti membuat pedang dan peralatan lain.

6. Golongan Pedagang

a. Menduduki lapisan paling bawah memandangkan Jepun menjalankan dasar tutup pintu.



Kesimpulan

Masyarakat feudal China membenarkan mobiliti sosial, rakyat biasa boleh menduduki jawatan yang tinggi dalam kerajaan jika lulus peperiksaan awam.

Berbanding dengan Jepun, yang tidak membenarkan mobiliti sosial. Pembahagian golongan di Jepun dibuat berdasarkan warisan turun-temurun.














Hierarki sosial masyarakat tradisional di Negara Thai dan Vietnam sebelum campur tangan barat.

Pendahuluan

1. Umumnya masyarakat di Asia Tenggara pada awalnya mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal.
2. Sistem feudal membawa maksud satu bentuk kerajaan yang hanya dijalankan oleh individu tertentu yang bebas dari kawalan kerajaan pusat
3. Hierarki sosial masyarakat dalam sistem feudal adalah berbentuk piramid.

A. NEGARA THAI

1. Raja menduduki lapisan teratas diikuti oleh golongan bangsawan(nai),rakyat yang bebas (phrai) dan hamba (that)
2. Golongan sangha (sami Buddha) berperanan penting dalam sistem feudal Thai. Raja Thai mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.
3. Golongan nai berperanan sebagai pemimpin masyarakat dan memberi perlindungan kepada golongan phrai
4. Phrai menjadi simbol kekayaan dan kekuasaan politik golongan nai
5. That pula merupakan hamba kepada golongan nai dan phrai yang kaya
6. dua kelas that yang penting iaitu hamba berhutang dan hamba tawanan perang
7. Golongan sangha mendapat pengiktirafan yang tinggi di kalangan masyarakat Thai dan menjadi penggerak agama Buddha dengan menjadi tenaga pengajar utama kepada ahli masyarakat Thai
8. Kedudukan mereka lebih tinggi dan mulia di sisi masyarakat.

B. VIETNAM

1. Sistem pemerintahan berasaskan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat
2. Hierarki sosial masyarakat Vietnam terdiri daripada maharaja, golongan cendikiawan (quan atau mandarin) dan petani
3. Golongan cendikiawan mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam masyarakat Vietnam, kerana mereka merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas maharaja
4. Golongan quan atau mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan ajaran Confucius
5. Rakyat biasa yang pintar serta berpengetahuan dalam ajaran Confucius secara mendalam berpeluang menjadi pegawai tinggi awam
6. Golongan bangsawan tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan awam kesan daripada pembaharuan Maharaja Gia Long yang menamatkan keistimewaan dan pengaruh politik golongan bangsawan dan keluarga diraja
7. Golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling rendah di mana mereka menjalankan kegiatan ekonomi sara diri iaitu menanam padi sawah

Kesimpulan

Sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat Asia dimansuhkan setelah berlakunya imperialisme kuasa barat pada abad ke – 19 dan awal abad ke-20.

Sistem ekonomi di Asia Tenggara sebelum kedatangan kuasa barat.

Pendahuluan

1. Sebelum kedatangan kuasa barat, ekonomi di Asia Tenggara agak mundur.Walaupun begitu sudah ada sistem ekonomi tersendiri yang bercorak sara diri.
2. Bentuk hubungan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah mencorakkan sistem ekonomi tempatan di mana kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Isi
1. Bentuk ekonomi utama dan terpenting dikenali sebagai ekonomi peasant yang bersifat sara diri. Penduduk di kawasan rendah atau berhampiran sungai mengusahakan padi sawah contoh di Delta Irrawaddy di Myanmar, Delta Sg. Mekong di Vietnam dan Delta Menam Chao Phraya di Thailand.
2. Masyarakat di dataran tinggi di kawasan pedalaman Asia Tenggara menanam padi bukit atau padi huma. Tanaman lain seperti jagung, ubi, gandum, ubi, gandum,sekoi,barli, buah2an dsb penduduk di sepanjang pantai dan sungai memberi tumpuan kepada penangkapan ikan,jika hasil tangkapan ada lebihan ia akan diproses menjadi ikan kering,keropok dll dan ditukarkan dengan barangan keperluan lain terdapat juga masyarakat peasant yang mempunyai kemahiran dalam pertukangan kayu dan logam.
3. Kaum wanita mahir dalam kerja menenun dan menganyam. Ekonomi sara diri juga termasuk penternakan , memburu binatang dan mengutip hasil hutan gajah diburu untuk mengangkut hasil hutan seperti balak.
4. Unsur kedua terpenting ialah perdagangan tetapi secara kecil2an dalam dua bentuk iaitu : dalaman – dijalankan sesama penduduk tempatan dengan cara menukar barang dan keperluan hasil tanaman. luaran - rangkaian perdagangan dengan pihak luar dan tertumpu kepada barangan seperti rempah ratus, barangan antik, tembikar, damar, rotan dll
5. Negara2 Asia Tenggara menjalankan perdagangan dengan China, Arab, Gujerat dan India kerana kedudukan yang strategik di tengah jalan perdagangan timur dan barat terdapat juga ekonomi kerajaan di mana raja atau kerajaan memperoleh pendapatan melalui pelbagai bentuk cukai seperti cukai perjalanan di sepanjang jalan darat dan air cukai dibayar kepada penbesar jajahan atau pegawai2 birokrasi.
6. Bayaran gantian kepada perkhidmatan buruh wajib dikenakan kepada penduduk pedalaman dalam bentuk hasil keluaran seperti cukai bendang, buah2an dan sayur2an. Barat memperkenalkan sistem ekonomi laissez-faire yang mewujudkan sistem ekonomi dual. Berlaku jurang perbezaan akibat penggunaan mata wang ekonomi tradisi hampir2 lenyap di kawasan ekonomi imperialis barat seperti Pulau Jawa.



Kesimpulan

1. Tidak dinafikan kemasukan kuasa Eropah ke Asia Tenggara membawa implikasi negatif terhadap sistem ekonomi tradisi.
2. Tetapi kemasukan kuasa Eropah , pengaliaran modal yang banyak, perpindahan teknologi dan sistem perhubungan telah dapat memajukan negara2 di Asia Tenggara dari segi pembangunan ekonomi dan sosial.


Kegiatan ekonomi saradiri masyarakat tradisional Filipina dan Vietnam sebelum kedatangan barat.

Pengenalan
Penduduk Filipina dan Vietnam mengamalkan ekonomi saradiri sebelum kedatangan kuasa barat. Mereka menjadikan kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.
Kegiatan ekonomi saradiri yang dijalankan hanya untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga dengan menggunakan kaedah tradisional. Hasil yang diperolehinya sangat sedikit dan hanya mampu menampung keperluan keluarga.

A. Filipina
1. Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama penduduk. Sebelum kedatangan Sepanyol dan Amerika, penduduk menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Antara jenis tanaman seperti kelapa dan abaka.
2. Masyarakat Filipina juga menjalankan kegiatan perindustrian ringan yang berasaskan hasil pertanian dan juga kraftangan terutama yang berasaskan hasil laut.
3. Mereka juga menjalankan kegiatan mencari hasil alam.Masyarakat yang tinggal dipinggir pantai akan mendapatkan hasil alam daripada laut, penduduk pinggir hutan mencari hasil hutan.
4. Kegiatan perdagangan antara pulau. Aktiviti perdagangan tukar barang merupakan cara penduduk Filipina menjalankan perniagaan. Memandangkan Filipina terdiri daripada beberapa pulau maka perhubungan dengan jalan laut memudahkan aktiviti perdagangan.

B. Vietnam

1. Kegiatan pertanian merupakan sumber ekonomi utama mereka. Tanaman utama yang diuasahakan adalah padi.Penanaman padi sawah bergantung kepada kesuburan tanah di sepanjang lembah Mekong dan lembah Sungai Koi. Penggunaan baja daripada najis haiwan begitu diaplikasikan.
2. Masyarakat Filipina telah membina parit dan taliair untuk mengairi kawasan sawah padi dan mengawal banjir dari Sg. Mekong daripada memusnahkan kawasan pertanian.
3. Masyarakat turut mengusahakan pertukangan tangan, antaranya seperti tembikar dan anyaman.
4. Kegiatan perdagangan kecil-kecilan juga diusahakan. Rakyat Vietnam telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan orang Cina di sempadan kedua –dua Negara. Terdapat banyak jong-jong Cina di pelabuhan Vietnam.

Penutup
1. Sebelum kedatangan Barat Filipina dan Vietnam kegiatan ekonominya lebih tertumpu kepada pertanian sara diri. Mereka juga menjalankan kegiatan pertukangan dan perdagangan secara kecil-kecilan.

2. Kedatangan Barat telah memperkenalkan ekonomi komersil yang mengutamakan keuntungan semata-mata.
3. Ini menyebabkan penduduk tempatan yang menjalankan ekonomi tradisional tidak mampu bersaing dengan penguasaan Barat.




Jelaskan sistem perundangan di Asia Tenggara pada zaman prakolonial pada abad ke 19.

Pendahuluan

1. Undang-undang merupakan peraturan umum untuk mengawal tingkah laku seseorang .

2. Undang-undang dikuatkuasakan dan sesiapa yang menyeleweng akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang tersebut. Amalan undang-undang wujud dalam bentuk bertulis dan perlaksanaannya ditentukan serta dikawal oleh pemerintah. Selain dipengaruhi oleh amalan-amalan tradisi juga terdapat pengaruh keagamaan dan falsafah terutamanya perkembangan system perumndangan di rantau Asia Tenggara.

1. Pengaruh agama Hindu

a. Sistem perundangan di Asia Tenggara pada zaman prakolonial banyak dipengaruhi oleh agama Hindu Budha dan Islam. Contohnya di Indonesia golongan pemerintah telah lama memegang undang-undang yang mempunyai elemen-elemen Hindu seperti yang termaktub dalam babad Tanah Jawa, babad Matarram dsb

b. Sistem perundangan di Siam pula banyak dipengaruhi oleh tradisi Hindu Budha. Sistem undang-undang yang berkonsepkan Thammasat iaiatu undang-undang Hindu Dharmasastra berlangsung seiring dengan kod undang-undang tiga Tera dan system undang-undang Diraja yang dikenali sebagai system undang-undang istana.

c. Pengaruh agama Hindu dapat dilihat di Siam kerana terdapatnya ungkapan-ungkapan Budha yang meluas digunakan.


2. Pengaruh agama Islam

a. Agama Islam banyak mempengaruhi perundangan yang sedia ada di Asia Tenggara yabg sebelumnya banyak dipengaruhi elemen Hindu Budha.

b. Islam berkembang di kawasan-kawasan Bandar dan pusat-puat perdagangan telah melahirkan satu sifat unik di Asia Tenggara dan dan lahirkan pelbagai perubahan dalam masyarakat. Bagi masyarakat biasa adapt merupakan perkara penting dan masih dipatuhi sementara di kalangan mahkamah, tardisi Hindu Islam diikuti.

c. Kebanyakan Negara Islam di Asia Tenggara mengunakan system perundangan tradisi Hindu Islam sebagaimana yang terdapat dalam undang-undang Acheh, Undang-Undang Minangkabau, Kanun Sulu dan teks undang-undang Jawa.


3. Pengaruh-pengaruh lain

a. Teradapat pengaruh lain yang mempengaruhi system perundangan di Asia Tenggara. Di Filipina terdapat dua bentuk undang-undang iaiatu undang-undang lisan dan undang-undang bertulis. Undang-undang lisan ialah adapt dan tradisi yang disebut sebagai ugali serta diturunkan secara lisan.

b. Undang-undang bertulis di Filipina telah digubal oleh pemimpin-pemimpin tempatan yang digelar Datu antaranya seperti Undang-undang Kanun Marantas dan Kanun kalantiaw dari panay serta Kanun Sulu.

c. Bagi kesalahan penjenayah besar hukuman yang akan dikenakan ialah hokum bunuh, menjadi abdi atau dibakar hidup-hidup. Jenayah kecil seperti mencuri akan dikenakan hukuman sebat, mendedahkan seluruh tub uh agar digigit kerengga atau dikenakan denda.

d. Terdapat juga perbicaraan cara ujian terutama sekali dalam soal yang menimbulkan keraguan seperti menyelam dalam sungai, atau mengambil sesuatu dari air yang mendidih. Barang siapa yang tidak bersalah mereka akan terselamat.


Penutup

1. Sistem undang-undang melambangkan bahawa masyarakat mempunyai peradaban yang tinggi. Di Asia Tenggara system undang-undangnya tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh agama dan adapt.

2. Dari pengaruh Hindu dan Islam pengenalan undang-undang Barat telah menghilangkan keaslian undang-undang tradisional.


Bincangkan dasar tutup pintu di Negara China, Jepun, dan Siam.

Pengenalan

1. Negara-negara China, Jepun dan Siam mengamalkan dasar tutup pintu sehingga pertengahan abad ke-19. Ini bermakna dasar tutup pintu bermaksud tiada ataupun hubungan terhad sahaja dengan dunia luar.
2. Ketiga-tiga Negara tersebut mengamalkan dasar tutup pintu dengan menghalang kemasukan pedagang luar atas sebeb-sebab tertentu.

A. China

1. Pada abad ke-16, Negara China mengadakan hubungan yang terbatas dengan barat. Contohnya orang Portugis dibenarkan masuk ke Macao dan Canton sahaja. Maharaja China membenarkan mubaligh kristian menjalankan penyebaran agama kristian. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Cheng berlaku perselisihan dengan mubaligh kristian. Oleh itu mubaligh tidak dibenarkan masuk ke China. China amalkan dasar tutup pintu pada zaman pemerintahan Manchu.

2. China menganggap Negara mereka sebagai “Middle Kingdom”, berdasarkan pandangan Kung Fu Tze China sebagai pusat peradaban dunia, manakalan Negara luar tidak mempunyai peradaban. China menganggap maharaja China sebagai anak syurga dan pemerintah universal. Oleh itu China enggan menjalankan hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf dengan dunia luar. Semua utusan barat sebagai pembawa ufti dan harus sujud dihadapan maharaja mereka.

3. China sebagai Negara pertanian dan bersikap anti-perdagangan. Oleh itu China tidak memerlukan barangan luar kerana sumber mereka mencukupi. Walau bagaimana pun, China membuka pelabuhan Canton kepada pedagang asing. Perdagangan di Canton dijalankan dengan pelbagai sekatan, contohnya : urusan perdagangan mesti melalui Co-hong, keluarga tidak dibenarkan dibawa ke Canton.

B. Jepun

1. Sebelum penubuhan Keshogunan Tokugawa, pedagang dan mubaligh asing dibenarkan masuk ke Negara Jepun. Terdapat bangsa Portugis, Sepanyol, British dan Belanda di pelabuhan-pelabuhan Jepun. Orang Jepun kemudian curiga terhadap mereka. Kebencian semakin menebal dengan berita-berita berkenaan penjajahan orang Eropah.

2. Kegiatan mubaligh kristian di Jepun telah merungsingkan pemerintah, masyarakat kristian semakin bertambah di Jepun. Golongan ini telah mengasingkan diri daripada kawalan kerajaan pusat, ini menyebabkan pemerintah Jepun murka apabila masyarakat kristian memutuskan hubungan dengan masyarakat Jepun bukan kristian. Jepun bimbang dengan tindak tanduk kerana mencemar kebudayaan Jepun.

3. Tahun 1638, Shogun Tokugawa mengamalkan dasar yang lebih keras lagi ke atas orang kristian. Contohnya rakyat Jepun dilarang menjalinkan hubungan dengan dunia luar terutama kuasa-kuasa barat. Pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan berdagang di Jepun.

4. Shogun Tokugawa yang mengambil alih kuasa dari maharaja Jepun bimbang atas sebarang kesan politik yang tidak diingini. Dasar tutup pintu diperkenalkan untuk mengukuhkan kedudukannya supaya dapat menangani sebarang anasir yang tidak puashati di Jepun khasnya Daimyo Tozama. Shogun bimbang daimyo Tozama akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar.

5. Seperti China, Negara Jepun sebuah Negara pertanian tidak memerlukan bekalan barangan dari barat. Perdagangan tidak diperlukan kerana jepun amalkan ekonomi sara diri.

C.Siam

1. Kuasa barat yang mula bertapak di Siam ialah Portugis diikuti oleh British, Belanda dan Peranchis. Sehingga awal abad ke-19 Siam enggan menjalinkan hubungan diplomatic dengan kuasa barat, ini disebabkan Siam mempunyai keperluan Negara yang mencukupi kecuali senjata. Siam hanya memperolehi barangan yang diperlukan dari Negara China sahaja. Pada 1818, Rama II mengadakan hubungan terhad dengan barat.

2. Hubungan yang terhad dengan kuasa barat telah dijalinkan oleh Rama III, ini disebabkan pergolakan politik yang berlaku di Negara-negara jiran Siam seperti Perang Ingg-Burma I, Perang Candu I, dan negeri-negeri melayu utara. Negeri-negeri naungan siam memaksa Rama III menjalinkan hubungan dengan kuasa barat khasnya British.

3. Di akhir pemerintahan Rama III, hubungan dengan barat tidak menguntungkan. Baginda mengenakan sekatan perdagangan ke atas ekspot gula dan mengwal input-input lain. Selepas 1940-1n, baginda amalkan dasar tutup pintu.



Kesimpulan

1. Pemerintah di China, Jepun dan Siam mengamalkan dasar tutup pintu kerana mereka dapat memenuhi keperluan Negara. Ketiga-tiga buah Negara merasa bimbang akan campurtangan barat dalam politik tempatan yang akan menjejaskan kedaulatan mereka.

2. Mereka juga bimbang agama dan budaya akan terhakis.


Bincangkan peranan Raja –RajaThai dan Burma dalam menangani kemaraan Barat.

Pengenalan

1. Thailand di bawah Mongkut dan Burma di bawah Raja Mindon telah mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu.

2. Thailand dan Burma tidak mahu menerima nasib yang sama seperti China.

3. Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Perdagangan Inggeris-Burma 1862 dan 1867 merupakan titik permulaan pembaratan dan permodenan di Thailand dan Burma.

4. Kebijaksanaan raja-raja Thai dan Raja Mindon Burma menyebabkan Thailand dan Burma berada dalam keadaan aman dan tidak memberi peluang kepada kuasa-kuasa Eropah untuk menjajah Thailand dan Burma.

a. Thailand
i). Pembaharuan luar negeri

§ Rama IV mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu.
§ Baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan kuasa Eropah agar Thailand
§ tidak menerima nasib yang sama seperti China dan Burma.
§ Raja Thai mengadakan perjanjian perdagangan dengan Inggeris (1855),ekoran daripada itu perjanjian yang sama ditandatangani di antara Siam dengan Amerika dan Perancis(1856),Denmark(1858),Portugal(1859) dan sebagainya.
§ Mongkut juga telah memberikan hak wilayah asingan kepada Barat.

ii).Pembaharuan dalam negeri

§ Mongkut menggaji pakar-pakar Barat dalam pelbagai bidang untuk berkhidmat sebagai penasihat dan ketua-ketua dalam pelbagai jabatan.Contoh, Rolin Jaequemins sebagai penasihat umum dan Ann Leonowens sebagai pendidikan.
§ Raja Mongkut menjalankan dasar pembaharuan dan pembaratan negara Thailand melalui pendididkan, pentadbiran,perundangan,dan sebagainya.
§ Pembaharuan Raja Mongkut dalam bidang ekonomi,sosial,serta agama dan pentadbiran dapat membantu Thailand bagi menjadi negara yang bebas daripada penjajahan.
§ Memansuhkan sistem mengadap dengan menyembah raja kepada orang asing,mereka dibenarkan menunjukkan hormat dengan cara mereka sendiri.
§ Raja Mongkut juga cuba menghapuskan sistem perhambaan.
§ Mubaligh Kristian dibenarkan menyebarkan agama Kristian di Thailand.
§ Layanan yang sama diberikan kepada semua kuasa Eropah.
§ Raja Chulalongkorn meneruskan dasar pembaratan, persahabatan,
§ dan perdagagangan ayahandanya.


iii).Penyerahan wilayah naungan Thai kepada Inggeris dan Perancis:

§ Raja Mongkut menyerahkan wilayan naungan (Kemboja) kepada Perancis pada tahun 1867.
§ Raja Chulalongkorn juga melepaskan wilayah naungan, 1888 daerah Tongking Utara, 1893 seluruh daerah di Timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang, 1904 daerah di sempadan Laos-Thailand dan 1907 wilayah Angkor, Battambang dan Siemreap.
§ Raja Chulalongkorn juga melepaskan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Inggeris pada tahun1909 demi mengekalkan kemerdekaan Thailand.

b. Burma:

i).Pembaharuan dalam negeri:

§ Mengukuhkan kerajaan kerajaan pusat dan menghapuskan unsur-unsur feudal, seperti pada tahun 1861 menghapuskan sistem Myosa.
§ Mengambil beberapa pegawai Eropah, Perancis, dan Itali untuk berkhidmat di Burma.
§ Memperkenalkan cukai pendapatan Thathameda ke atas tiap-tiap keluarga.
§ Mewujudkan sepuluh jawatan Kayaigwun yang baru bagi menyelaraskan Myowun.

ii).Ekonomi:

§ Memperkenalkan mata wang syiling, 1861.
§ Menubuhkan kira-kira 50 buah kilang kecil yang diselenggarakan oleh orang Barat, membangunkan perusahaan perlombongan arang batu dan besi.
§ Menggalakkan perdagangan dengan Burma Hilir yang berada di bawah pemerintahan British.

iii).Hubungan Luar:

§ Raja Mindon Minh benci peperangan, baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan Britain dan kuasa-kuasa Barat yang lain.
§ Baginda menandatangani dua perjanjian perdagangan Inggeris-Burma pada 1862 dan 1867. Antara isi perjanjian ialah pedagang British dan Burma diberi kebebasan berdagang di Burma Hulu dan Burma Hilir, membenarkan seorang ejen british menetap di Mandalay. Baginda bersetuju memansuhkan hak-hak monopolinya kecuali ke atas kayu jati, petroleum, dan batu permata; mengurangkan duti kastam kepada 5% daripada jumlah nilai setiap konsignasi barang-barang; bersetuju membenarkan seorang lagi ejen British menetap di Bhamo dan sebagainya.
§ Pada akhir pemerintahan Raja Mindon Min, hubungan diplomatic Burma-Inggeris mulai merosot kerana Inggeris enggan memulangkan wilayah-wilayah Burma yang telah ditawan terutamanya Pegu.
§ Layanan buruk terhadap perwakilan Burma yang dihantar ke London.
§ Mengarahkan wakil Inggeris dan orang asing menanggalkan kasut mereka sebelum masuk ke dalam istana.


Kesimpulan:

Usaha-usaha pembaharuan dan pemodenan yang dijalankan oleh Raja Mongkut dan Chulalongkorn yang terkenal dalam sejarah Thailand dan Raja Mindon terkenal dalam sejarah Burma telah berjaya menahan atau mengekang kemaraan kuasa-kuasa Barat ke atas Thailand dan Burma pada abad ke 19.


Dasar Tutup Pintu dan Dasar Buka Pintu China dan Jepun terhadap kuasa Barat.

Pengenalan

1. Dasar tutup pintu -usaha China dan Jepun mengelakkan campurtangan dan kemasukan kuasa asing.
2. China menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa asing khususnya dengan Barat tetapi turut mengenakan sekatan hubungan diplomatik mahupun perdagangan.
3. Jepun mengamalkan dasar isolasi terhadap kuasa Barat yang berusaha mengadakan hubungan perdagangan.
4. Kedua-dua negara beranggapan mampu mengadakan keperluan rakyat dengan mengamalkan ekonomi sara diri.
5. Kebimbangan campurtangan kuasa asing dalam politik tempatan dan cubaan Barat untuk menyebarkan agama Kristian.

Dasar Tutup Pintu dan Buka Pintu di China

1. Kerajaan Manchu berusaha menghadkan perdagangan China dengan Barat.
2. Hubungan perdagangan dikawal rapi - mengelakkan penguasaan asing terhadap ekonomi mereka.Walau bagaimanapun orang asing masih dibenarkan berdagang di Canton.Contohnya tahun 1727 Belanda dibenarkan berdagang di Fukien dan Canton.Portugis dan British juga dibenarkan membuka petempatan di Canton.
3. Usaha menyekat hubungan perdagangan diperhebat semasa pemerintahan Maharaja Chien Lung.
4. Dekri ‘Lapan Peraturan’ diperkenalkan yang menetapkan peraturan-peraturan seperti :

a. Mereka hanya boleh bergerak di kawasan tertentu.Loji-loji - tidak boleh dibina dalam bandar Canton tetapi di luar dinding bandar.Mereka juga memasuki bandar Canton.
b. Urusan dagang hanya boleh dijalankan melalui Co-hong (wakil perdagangan yang disahkan oleh kerajaan Manchu). Co-hong berkuasa penuh untuk menentukan tarif , jumlah import dan eksport, jenis barang-barang dan syarat-syarat perdagangan.
c. Co-hong bertindak sebagai pengantara di antara orang-orang barat dan pegawai kerajaan China.Co-hong - berkuasa mendenda pedagang-pedagang asing.
d. Urusan perdagangan hanya bermula pada musim perdagangan (musim sejuk) dan berhenti pada penghujung musim.Musim lain - anak isteri mereka mesti tinggal di Macao sebagai jaminan supaya pedagang-pedagang asing tidak berdagang di Canton sepanjang tahun.
e. Orang asing - dilarang berkahwin dengan wanita tempatan dan ditegah mempelajari bahasa Cina. Mereka tidak boleh menggunakan sungai dengan bebas dan tidak boleh melawat mana-mana tempat kecuali Flower Garden.

5. Sekatan China ke atas pedagang ,menimbulkan pelbagai masalah birokrasi terutama mengenai Co-hong yang melakukan penipuan dan mengenakan harga yang tinggi.
6. Para pedagang menghantar utusan berunding dengan kerajaan China tetapi tidak dilayan.
7. Kuasa Barat terpaksa menggunakan kekerasan memaksa China membuka pintu pada kuasa-kuasa asing.
8. Berlaku Perang Candu memaksa China menandatangani Perjanjian Nanking 1842.
9. China menamatkan dasar isolasinya apabila terpaksa membuka pelabuhan iaitu Amoy,Foochow,Ningpo, dan Shanghai.
10. Sistem Co-hong dihapuskan seterusnya Hong Kong diserahkan kepada British.
11. Selain Perjanjian Nanking terdapat perjanjian lain seperti Perjanjian Wanghia dengan Amerika Syarikat dan Whampao dan Perancis.
12. Dasar China terhadap Barat akhirnya berubah.


Dasar Tutup Pintu dan Buka Pintu di Jepun

1. Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, kerajaan Jepun - menjalin hubungan dengan pedagang asing khususnya Portugis, Belanda , Sepanyol dan British.

2. Persaingan di kalangan kuasa Barat ini untuk mendapatkan hak perdagangan di Jepun telah menimbulkan masalah kepada Jepun.

3. Selain itu usaha penyebaran agama Kristian mendorong Jepun bertindak mengawal kehadiran orang asing.

4. Jepun melarang rakyatnya menjalin hubungan dengan dunia luar. Misalnya rakyat Jepun dilarang melancong ke luar negara malah rakyatnya yang berada di luar negara tidak dibenarkan pulang ke Jepun.

5. Jepun telah memperkenalkan dasar tutup pintu bermula tahun 1638.

6. Walaupun Jepun mengamalkan dasar tutup pintu terdapat juga kuasa-kuasa Barat contohnya Amerika Syarikat berminat menjalin hubungan diplomatik dan pedagangan dengan Jepun (ini terbukti dengan penghantaran utusan Amerika Syarikat pada tahun 1853).

7. Jepun melayan dengan buruk para kelasi kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun.

8. Oleh yang demikian Amerika Syarikat merasakan perlu mewujudkan hubungan baik dengan Jepun bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.Selain itu, Amerika Syarikat memerlukan pelabuhan persinggahan di kawasan lautan Pasifik.

9. Pasa peringkat awal hubungan tersebut mendapat tentangan daripada pembesar istana dan daimyo tetapi akhirnya mereka terpaksa menerima kerana ugutan dari Amerika Syarikat yang akan menggunakan kekerasan bagi menjalin hubungan dengan Jepun.Oleh yang demikian Jepun telah menandatangani Perjanjian Kanagawa dengan Jepun Amerika Syarikat pada tahun 1854.Amerika Syarikat diwakili oleh Komodor Perry.

10. Mengikut perjanjian itu Jepun membuka dua pelabuhan iaitu Shimoda dan Hokadate.Jepun juga dikehendaki memberikan layanan baik kepada pedagang dan kelasi Amerika Syarikat.Mereka juga dibenarkan membuka konsulatnya di Shimoda.Perjanjian tersebut telah disemak semula pada tahun 1858 yang memberi banyak keistimewaan kepada Amerika.Dengan itu Jepun telah menamatkan dasar isolasinya seterusnya terbuka kepada pengaruh asing terutama dari Amerika.

Kesimpulan

1. Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh kedua-dua kuasa sebenarnya untuk menyekat perluasan kuasa asing, mengelakkan penguasaan ekonomi, politik dan agama Kristian ke atas masyarakat tempatan.

2. Walau bagaimanapun akhirnya dasar tutup pintu di kedua-dua buah negara telah berakhir apabila China kalah dalam Perang Chandu dan terpaksa menandatangani serta menerima syarat-syarat Perjanjan Nanking.

3. Manakala Jepun pula terpaksa membuka negaranya kerana diugut oleh Amerika Syarikat dengan kekuatan tentera. Akhirnya terpaksa menandatangani Perjanjian Kanagawa.


Kepentingan Perjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Kanagawa 1854

Pengenalan
1. Revolusi Perindusrian di Eropah memerlukan sumber bahan mentah dan pasaran untuk memasarkan barangan mereka.
2. Jadi kuasa-kuasa Eropah menjalankan dasar imperialisme.
3. Perjanjian Nanking 1842 ditandatangani antara China dan British.
4. Perjanjian Kanagawa 1854 telah ditandatangani antara Jepun dan Amerika Syarikat.
5. Titik permulaan perjanjian antara pemerintah tempatan dengan Barat.

1. Perjanjian Nanking 1842

Sebab-sebab:

a. Negara China mengamalkan dasar tutup pintu.
b. Negara China menganggap orang-orang Barat sebagai barbarians dan bertaraf
c. rendah.
d. China enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Barat atas dasar persamaan taraf.
e. Perdagangan asing dibenarkan secara terhad di Canton sahaja.
f. Sistem perundangan yang bertentangan.
g. Britain telah menggunakan kekerasan untuk menghapuskan dasar tutup pintu
h. negara China dalam Perang Candu 1 yang berakhir dengan Perjanjian Nanking

Syarat-syarat:

a. China bersetuju menyerahkan Hong Kong kepada British.
b. Sistem monopoli co-hong dihapuskan..
c. China membuka 5 buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo dan Shanghai.
d. Pegawai-pegawai Konsular British akan ditempatkan di pelabuhan-pelabuhan.
e. China berjanji untuk mengenakan cukai-cukai yang sederhana dan sama ke atas eksport dan import.
f. China bersetuju membayar gantirugi sebanyak 21 juta tael

Kesan:

a. Menamatkan perang British-China pertama
b. Permulaan campur tangan Barat di China
c. China terpaksa tunduk kepada Barat dan menerima hakikat perdagangan bebas
d. China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian dengan kuasa barat yang lain
e. China telah dibelah bahagikan oleh kuasa-kuasa barat:
§ Rusia mendapat pajakan di Selatan Semenanjung Linotung
§ selama 25 tahun pada tahun 1898
§ Jerman diberi pajakan 99 tahun di Teluk Kinochow
§ Perancis mendapat mendapat pajakan 99 tahun di Teluk Kwangchow

b. Perjanjian Kanagawa 1854

Sebab-sebab:

a. Jepun mengamalkan dasar tutup pintu.
b. Hanya orang Belanda dan China boleh berdagang di pelabuhan Nagasaki.
c. Menjelang abad ke 19 Amerika Syarikat sangat berminat untuk membuka Jepun kerana:

§ *Potensi perdagangan antara Amerika Syarikat dan Jepun.
§ *Perusahaan menangkap ikan paus Amerika di Lautan Pasifik berkembang pesat.
§ *Perdagangan Amerika dengan China di Canton semakin meningkat.
§ *Kerajaan Jepun terpaksa menandatangani perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat

Syarat-syarat:

a. 2 buah pelabuhan Jepun Shimoda dan Hokadate telah dibuka kepada kapal-kapal Amerika Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan berdagang
b. Anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baik
c. Amerika diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda
d. Amerika diberi layanan ‘most favoured nation’
Kesan:

Kuasa Barat yang lain seperti Belanda, Rusia, Britain dan Perancis menandatangani perjanjian –perjanjian perdagangan dengan Jepun
Jepun dibuka kepada kuasa-kuasa Barat
Hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf dan hubungan perdagangan telah ditetapkan

Kesimpulan

Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh China telah memberi padah kepada kerajaan China sendiri sehingga dicerobohi oleh British

Selain perjanjian Nanking, China terpaksa membuat perjanjian dengan kuasa Barat yang lain seperti Perjanjian Bogue, Perjanjian Whampoa (Amerika Syarikat) dan Perjanjian Wang Hsia (Perancis) yang lebih merugikan China

Kesedaran pemerintah Jepun tentang perkembangan politik di Asia serta kebijaksanaan pemerintahnya telah membolehkan Jepun mengekalkan kemerdekaannya


Bincangkan faktor-faktor yang mencetuskan perang di Burma dan China pada awal kurun ke 19.

Pengenalan:-

Campurtangan British di Myanmar melalui 3 siri peperangan (Perang British- Burma 1 ( 1824-1826), II ( 1852-1853),III (1885-1886).
Konflik tercetus kerana factor ekonomi, politik dan social.
Di China – peperangan Candu I ( 1839-1842) dan II (1856-1860) Berjaya menyebabkan campurtangan British.

Faktor-faktor Perang British Burma

1. Masalah pelarian orang-orang Arakan

a. Hubungan British – Myanmar tegang sejak pemerintahan Raja Bodawpaya yang telah menjalankan dasar perluasan kuasa.

b. 1784 – wilayah Arakan ditawan dan diletak di bawah penguasaan Myanmar.

c. Tercetus kebangkitan penduduk Arakan kerana kekejaman Raja Bodawpaya.

d. Bangkit beberapa siri penentangan tahun 1794,1799,1811 tetapi gagal.

e. Pemberontakan Arakan lari ke Chittagong (wilayah Inggeris) bagi mengelak serangan tentera Bodawpaya.

f. Kehadiran pelarian Arakan mencetuskan konflik sempadan Myanmar dengan Inggeris.
g. Tentera Myanmar menceroboh wilayah Inggeris (di seberang Sg Naaf ) untuk menangkap pemberontak telah merenggangkan hubungan Inggeris Myanmar.


2. Pemberontakan Chin Byan

a. Pemberontakan Chin-Byan (1811) semakin meregangkan hubungan Inggeris dengan Myanmar.
b. Chin Byan mendirikan pangkalan tentera di Chittagong , menyerang wilayah Myanmar dan menawan Mrohaung.
c. Tentera Arakan menyerang balas dan cuba menangkapnya tetapi gagal Chin Byan melarikan diri dan memasuki Chittagong.
d. Bodawpaya menuduh Ingeris melindungi Chin Byan .
e. Hubungan politik antara dua negara itu semakin rumit.

3. Penolakan Hubungan Diplmatik

a. Inggeris ingin menjalinkan hubungan diplomatik dengan Myanmar atas kepentingan
b. perdagangan(Myanmar kaya dengan kayu jati dan pasaran baik bagi barangan British)
c. Inggeris menghantar Kapten Michael Symes 1795 bagi berunding isu-isu:

i. Masalah sempadan Arakan
ii. Perjanjian perdagangan
iii. Penutupan pelabuhan Myanmar kepada Perancis
iv. Perlantikan wakil Inggeris di Myanmar

d. Inggeris bersetuju menerima Residen tetapi enggan menutup pelabuhannya kepada Perancis.
e. Masalah sempadan Arakan gagal diselesaikan.
f. Kapten Hiram Cox yang dihantar sebagai Residen tetapi dibenci rakyat Myanmar.
g. Utusan John Canning sebagai Residen kedua gagal kerana layanan buruk pemerintah Myanmar.
h. Peperangan langkah penyelesaian kerumitan hubungan tersebut.


4. Penentangan Kebudayaan

a. Burma-konservatif dan angkuh.
b. Kejayaan Burma menundukkan puak-puak Mon,Shan dan puak lain dan pemusnaham Kota Ayuthia oleh Hsinbusyin mengukuhkan kepercayaan kekuatan negaranya.
c. Burma hanya menjalin hubungan dengan Raja England bukan dengan wizurai India.
d. inggeris marah kerana layanan buruk dan dianggap sebagai pembawa ufti yang mesti mematuhi adat menyembah Raja Burma contohnya menanggalkan kasut dan duduk bersila sebelum mengadap raja.


5. Ancaman Perancis

a. Perancis merupakan musuh Inggeris kerana dasar perluasan kuasa Perancis
b. Perjanjian Tilsit 1807- Perancis dengan Rusia membimbangkan Inggeris jika Perancis
c. menyerang India melalui Rusia.
d. Inggeris tidak mahu bermusuhan dengan Myanmar kerana bimbang negara itu akan mandapatkan bantuan Perancis.
e. Inggeris bimbang Perancis menjadikan Myanmar pangkalan tentera(perdagangan kayu jati di Myanmar akan terjejas dan hasrat menggunakan Myanmar sebagai jalan darat ke China tidak Berjaya).
f. Bagi menyekat perluasan kuasa Perancis,Kapten Michael Symes dihantar untuk meminta Kerajaan Myanmar menutup pelabuhannya pada Perancis tetapi tidak dipersetujui oleh Raja Bodawpaya.
g. Keadaan huru-hara di Burma menyenangkan Inggeris kerana diharapkan akan melemahkan Kerajaan Burma.

6. Dasar campur tangan Myanmar di Assammanipur dan Cachar

a. 1879,Raja Bodawpaya mangkat diganti cucunya Bagyidaw.
b. Baginda meneruskan dasar perluasan kuasa dengan bantuan Jeneral Maha Bandula yang bercita-cita meluaskan kuasa ke Assam,Manipur dan Benggala Timur.
c. Pada hari pertabalan Bagyidaw,Raja Manipur tidak hadir.
d. Maha Bandula menyerang Manipur.
e. Raja Manipur dan rakyat melarikan diri ke Cachar.
f. Pemerintah Cachar melarikan diri ke Chittagong dan cuba mendapat bantuan Inggeris.
g. Kerajaan Inggeris sedar sekiranya Cachar jatuh ke tangan Burma,kedudukan Benggala Timur terancam.
h. Bagi mencegah kemaraan Burma, Inggeris mengisytiharkan pertuanannya ke atas Cachar,Manipur da Assam.

7. Penawanan Pulau Shahpuri

a. 1823,tentera-tentera Myanmar menyerang Pulau Shahpuri dan Sungai Naaf.
b. Tindakan Myanmar mencetuskan kebimbangan Inggeris kerana Inggeris mengakui pulau tersebut kepunyaannya dan sebuah kubu pertahanan didirikan di situ.
c. inggeris mendesak tentera Myanmar meningggalkan pulau itu .
d. Meskipun pulau itu dapat ditawan oleh Inggeris namun kedegilan Maha Bandula meneruskan usaha menyerang Cittagong menambah kebencian Inggeris.
e. Inggeris menunggu masa yang sesuai untuk menyerang Burma. 5 Mac 1824 bermulalah Perang Inggeris-Burma 1.

Faktor-faktor Perang Candu 1 di China

1. Kegagalan hubungan diplomatik

a. China menganggap negara mereka pusat tamadun dunia (middle kingdom).
b. Orang-orang asing dianggap sebagai barbarian(orang gasar) dan negara mereka kurang bertamadun.
c. Maharaja China dianggap Son of Heaven yang diberi mandat memerintah.
d. Semua duta asing dianggap pembawa ufti- mesti melakukan kowtow di hadapan
e. Maharaja-sebagai tanda pengiktirafan dan ketuanan China.
f. Kuasa Barat tidak dapat menerima konsep begini.Bagi negara Barat hubungan diplomatik atas konsep persamaan taraf (aliran politik sosialisme,demokarasi dan liberalisme).
g. Inggeris tetap menghantar utusan ke China untuk menjalinkan hubungan diplomatik (1793 1816 tetapi gagal mendapat pengiktirafan China) :

§ 1793,George Ma Cartney dihantar ke Peking untuk berunding dengan Maharaja Chien Lung – rundingan gagal kerana masalah adat(beliau enggan melakukan kowtow)
§ 1816,Lord Amherst dihantar ke Peking.Rombongan terus belayar ke Tientsin tanpa singgah di Canton. Juga enggan melakukan kowtow dan melanggar peraturan larangan orang asing berhubung dengan pegawai-pegawai kerajaan China (orang asing perlu berhubung melalui cohong di pelabuhan Canton.
§ Lord William John Napier yang dilantik sebagai pesuruhjaya perdagangan Inggeris di Canton (1834)-telah ditolak kerana tidak kemukakan ‘surat ping’(surat kebenaran dari cohong dari gabenor)
§ Perlantikan Charles Elliot (menggantikan Napier)1839 juga gagal.

h. Inggeris membuat keputusan menggunakan kekerasan ke atas China.

2. Masalah perdagangan

a. China mengamalkan dasar pintu tertutup.
b. 1757,Maharaja Chien Lung mengeluarkan satu dekri bagi menghadkan hubungan dengan Barat.
c. 1835,Kerajaan Manchu memperkenalkan undang-undang yang dikenali sebagai “Lapan
d. Peraturan” melarang saudagar Barat berdagang di China.
e. Inggeris yang mengamalkan konsep perdagangan bebas atau laissez faire tidak berpuas hati dengan dasar China kerana sekatan-sekatan menyukarkan Inggeris.
f. Inggeris juga tidak berpuas hati kerana terdapat penyalahgunaan kuasa di kalangan pedagang tambahan cohong yang melibatkan orang asing.
g. Cukai yang tinggi,rasuah dan masalah hutang dengan pedagang asing juga tidak menyenangkan Inggeris.Inggeris terpaksa melancarkan serangan terhadap China.

3. Masalah perundangan

a. Terdapat perbezaan sistem perundangan antara negara China dengan Barat.
b. Perbezaan itu mencetuskan konflik apabila kedua-dua negara itu tidak mahu tunduk dengan tuntutan dasar masing-masing.
c. Dalam sistem perundangan China tidak wujud badan penasihat undang-undang kehakiman tertakluk kepada kuasa kerajaan semata-mata.
d. Dalam sistem keadilan China, seseorang yang dituduh melakukan jenayah adalah diangggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan.
e. Kerajaan China juga menjatuhkan hukuman berdasarkan “Doktrin Tanggungjawab
f. Berkumpulan”.Mengikut doktrin ini jika terdapat individu yang melakukan kesalahan tidak dapat dikesan ahli kumpulan bertanggungjawab menggantikan orang lain.
g. Undang-undang China menuntut nyawa dibalas nyawa.
h. Undang-undang Barat pula menekankan konsep tanggungjawab individu dan seseorang yang dituduh melakukan kesalahan akan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya. Beberapa contoh peristiwa yang mencetuskan konflik:

i. Peristiwa Lady Hughes 4 November 1784 di mana kapal tersebut melakukan tembakan penghormatan apabila melakukan pelabuhan Whampao.Tembakan tersebut telah menyebabkan kematian dua orang China dan seorang cedera.Pihak berkuasa Canton meminta anak kapal terlibat diserahkan dan dibicarakan mengikut undang-undang China, jika enggan mereka akan menyerang kilang Inggeris dan memutuskan hubungan perdagangan.
Anak kapal tersebut diserahkan kepada Kerajaan Manchu dan dihukum cekik sampai mati.

ii. Peristiwa Terranova 1821 yang dituduh menyebabkan kematian dua orang wanita China.Beliau dikenakan hukuman cekik sampai mati oleh kerajaan China.

iii. Peristiwa Lin Wei His telah dipukul sampai mati oleh anak-anak kapal Inggeris.Kengganan Inggeris menyerahkan anak-anak kapal tersebut menyebabkan berlaku peperangan.


4. Masalah Candu

a. Ketegangan Inggeris dengan China semakin memuncak apabila kerajaan China mengarahkan pengharaman perdagangan candu.

b. Candu mula dibawa masuk oleh pedagang Inggeris secara haram dari India dan Turki sehingga menyebabkan menjadi barangan kegemaran masyarakat China – mencetuskan masalah kesihatan dan sosial.

c. Berbagai usaha dijalankan oleh China bagi menghalang perdagangan candu contohnya 2 Jun 1838 Maharaja Tao Kuang mengharamkan perdagangan dan mengenakan hukuman berat sesiapa yang melanggar hukuman tersebut. Lin Tze Hsu( Pesuruhjaya Tinggi di Canton) telah merampas dan memusnahkan candu 3 Jun 1839 di Hu Men.

d. Kapten Charles Elliat (Ketua Penguasa Perdagangan Inggeris) telah membawa Lord Palmerstone menuntut ganti rugi daripada Kerajaan China tetapi gagal.

e. Hubungan semakin runcing apabila Lin mengenakan larangan penjualan makanan dan keperluan lain kepada Inggeris di Macao dan meminta bantuan Perancis mengusir
f. Inggeris.

g. Ogos 1839,orang Inggeris meninggalkan Macao dan berpindah ke Hong Kong.Kedegilan keduanya akhirnya mewujudkan peperangan.

Kesimpulan

1. Peperangan telah menyebabkan China dan Burma kalah ditangan Inggeris. Kekalahan Burma menyebabkan mereka terpaksa menandatangani Perjanjian Yandabo.
2. Sementara China Perjanjian Nanking yang menyebabkan Inggeris dapat memulakan langkah bertapak di Burma sementara di China menyebabkan maruah China sebagai negara bertamadun tinggi jatuh seterusnya terpaksa membuka negaranya kepada perdagangan Barat dan menamatkan dasar isolasi secara terpaksa


“Pertembungan dua kebudayaan yang berbeza membawa kepada tercetusnya Perang Candu 1 di China dan Dahagi di India” . Bincangkan

Pengenalan:

1. Perang Candu 1di China tercetus pada tahun 1839 antara British dengan China. Dalam peperangan tersebut, China kalah kepada British.
2. Manakala Dahagi India merupakan penentangan orang India khasnya golongan sepoi menentang pihak British di India pada tahun 1857.
3. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua Perang Candu 1 dan Dahagi India tercetus disebabkan oleh pertembungan dua kebudayaan yang berbeza.

Isi-isi penting ( 20 m)

Perang Candu 1 ( 10 m )

1. Sistem perhubungan antarabangsa yang dipraktikkan oleh China bertentangan dengan konsep hubungan antarabangsa British.

a. Orang Cina menganggap maharaja mereka sebagai anak syurga yang mesti dihormati sebagai tuhan. Maharaja China dianggap sebagai pemerintah universal. Dengan ini segala utusa asing mesti kowtow semasa mengadap maharaja.

b. China enggan menjalinkan hubungan diplomatic dengan kuasa Barat atas dasar persamaan taraf. Ini kerana mereka menganggap Negara mereka itu sebagai Kerajaan Tengah iaitu kerajaan di pusat dunia yang bertamadun. Negara-negara di luar sempada China dianggap tidak bertamadun dan dikecap sebagai pembawa ufti, barbarian atau fan kwee iaitu hantu asing.

c. Bagi British pula, semua negara adalah negara berdaulat. British percaya kepada hubungan diplomatick yang sama. Amalan kowtow di depan maharaja dianggap oleh orang Cina sebagai penghormatan tetapi bagi pihak British amalan ini adalah penghinaan. Inilah yang membawa kepada kegagalan utusan British yang diketuai oleh Lord Amherst pada tahun 1816.

2. Konsep perdagangan antara China dengan British juga jauh berbeza

a. China menganggap kegiatan perdagangan sebagai sesuatu kegiatan yang meghina lalu bersikap anti-perdagangan
b. Negara China yang merupakan sebuah Negara pertanian cukup dengan keperluannya. China tidak memerlukan barangan Barat. China hanya membuka pelabuhan Canton kepada perdagangan asing. China mengenakan pelbagai sekatan perdagangan.
c. Bagi British pula, dasar perdagangan bebas adalah penting. British memerlukan barangan china seperti sutera dan tembikar. Akibat Revolusi Perindustrian,Britain memerlukan bahan mentah dan pasaran yang luas. Negara China dapat memenuhi hasrat Britain itu.
d. Britain sebuah Negara kapitalis yang progresif dan maju tidak setuju dengan konsep perdagangan China, sebuah Negara pertanian yang bersikap anti-perdagangan.

3. Konsep perundangan yang berbeza

a. Sistem perundangan China menetapkan bahawa seseorang dianggap telah bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.
b. Ini bercanggah dengan system perundangan British yang menganggap seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan demikian.
c. Undang-undang China juga mengasaskan tanggungjawab kumpulan dibandingkan dengan undang-undang British yang mengutamakan tanggungjawab individu.
d. British menganggap bentuk hukuman China iaitu cekik sampai mati terlalu kejam.
e. Semua ini memburukkan lagi hubungan antara China dengan British. Kesudahannya ialah Perang Candu 1 pada tahun 1839 hingga 1842.



Dahagi India.

1. Penghapusan amalan social.
a. Lord William Bentick menghapuskan amalan sutee pada tahun 1828. Amalan suttee iaitu pembakaran balu bersama mayat suami merupakan adapt yang telah lama dipraktikkan oleh masyarakat India. British menganggap amalan ini tidak berperikemanusiaan.
b. British juga menganggap amalan thugee iaitu perompakan dan pembunuhan pengembara di jalanraya yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata atas nama Dewa Kali terlalu kejam dan luar biasa.
c. Pembunuhan bayi perempuan yang diamalkan oleh masyarakat India juga dilarang oleh British. British memikirkan bahawa amalan ini adalah jenayah besar.
d. Lord William bentick meluluskan undang-undang yang membenarkan balu berkahwin semula. Tindakan beliau ini jelas bertentangan dengan adapt resam orang India.

2. Cadangan pembinaan tali air
a. British bercadang membina tali air menghubungkan beberapa kawasam dengan Sungai Ganges .
b. Orang India menentang kerana Sungai Ganges adalah sungai suci dan tindakan British ini telah mencemarkan agama Hindu.

3. Pengenalan pendidikan Barat
a. Orang India menganggap bahawa pendidikan barat yang diperkenalkan oleh British adalah usaha untuk mengkristiankan orang India. Ini bercanggah dengan kepercayaan dan nilai hidup mereka.

4. Akta Pengambilan Khidmat Awam
a. Lord Canning memperkenalkan Akta Pengambilan Am yang memerlukan orang India tanpa mengira kasta berkhidmat di India.
b. Akta ini menjejaskan kedudukan dan kasta golongan Brahmin dan rajput.

5. Pengenalan senapang rifle Enfield
a. Dikatakan bahawa hujung peluru senapang disapu dengan minyak babi dan lembu. Hujung senapang mesti digigit sebelum peluru diisikan ke dalam senapang.
b. Ini bercanggah dengan amalan agama sepou Hindu dan Muslim.

Kesimpulan.:

1. Memang tidak dinafikan bahawa Perang Candu 1 dan Dahagi India tercetus kerana pertembungan dua kebudayaan yang berbeza. Bagi China, konsep perdagangan , konsep perundangan yang berbeza mencetuskan Perang Candu 1 .

2. Di India pula, pihak British menganggap bahawa amalan social India terlalu kejam manakala orang India menganggap tindakan British menghapuskan amalan mereka melanggar adapt tradisi dan nilai hidup mereka.


Huraikan kesan-kesan Perang Jawa terhadap Indonesia pada abad ke 19.

Pengenalan:

Perang Jawa telah berlaku antara tahun 1825 hingga 1830 yang dipimpin oleh Pengiran Dipo Negoro. Perang Jawa dilancarkan untuk menentang pihak Belanda di Pulau Jawa khususnya di daerah Jogjakarta. Penduduk Jawa tidak berpuas dengan penguasaan Belando terhadap ekonomi dan politik di Jawa.

Perang tersebut telah memberikan kesan yang besar dalam aspek politik, ekonomi dan social negara. Penindasan politik dan ekonomi telah belaku terhadap penduduk tempatan yang telah dijajah sepenuhnya oleh Belanda. Penindasan politik dan ekonomi telah membawa suatu senario baru di Indonesia iaitu kemunculan gerakan nasionalisme oleh golongan nasionalis yang telah mendapat inspirasi daripada Perang Jawa.

Isi-isi penting.

Kesan ekonomi.

1. Pihak Belanda membelanjakan wang yang banyak iaitu berjumlah 20 juta gulider dalam peperangan. Hal ini menimbulkan masalah ekonomi kepada Belanda. Belanda menghadapi masalah hutang yang banyak kesan peperangan. Beban hutang yang banyak menyebabkan Belanda bertindak mengurangkan pegawai yang berkhidmat di seluruh wilayah Indonesia.

2. - Pihak Belanda terpaksa melaksanakan system ekonomi yang mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat Indonesia. Tidak dapat dinafikan bahawa Belanda yang menguasai politik Indonesia semakin bersemangat memperkenalkan system ekonomi kapitalis iaitu Sistem Tanaman Paksa apabila Johannes Van der Bosch dilantik menjadi Gabenor Jeneral Jawa. Belanda berusaha untuk membangunkan semula ekonomi Negara Belanda yang hamper muflis.

3. Dalam usaha baikpulih ekonomi, pihak Belanda telah membatalkan kontrak sewa tanah yang telah banyak menimbulkan ketidakpuasan di hati orang Belanda. Beberapa jenis cukai yang dikenakan juga telah ditarik balik.

Kesan sosial.

1. Banyak nyawa telah terkorban sama ada semasa peperangan. Dianggarkan bahawa kira-kira 200 ribu orang Jawa telah terkorban dalam peperangan tersebut. Malahan, tentera Belanda yang terkorban dianggarkan sekitar 15 ribu orang. Banyak kawasan pertanian seperti ladang kopi telah mengalami kemusnahan dalam perang tersebut.

2. Peperangan ini menyebabkan berlakunya wabak penyakit dan kebuluran di tempat-tempat berlakunya peperangan seperti di Jogjakarta dan Surakarta kerana kawasan pertanian banyak yang musnah.

Kesan politik.

1. Kejayaan Belanda di dalam peperangan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan penjajah di Negara Indonesia. Belanda semakin bersemangat untuk meluaskan wilayah kekuasaan di Indonesia. Pulau-pulau yang sebelumnya tidak dikuasai Belanda telah menjadi wilayah jajahannya. Wilayah-wilayah lain di Indonesia yang melakukan tentangan terhadap pemerintahan Belanda akan mengalami nasib yang sama iaitu diperangi oleh tentera Belanda contohnya wilayah-wilayah Banjumas, Bagelen, Madium dan Kediri. Sultan-sultan telah diberi ganti rugi untuk mengelakkan rasa tidak puas hati timbul di kalangan mereka apabila tanah jajahan dilepaskan kepada Belanda.


2. Kuasa pemerintah tempatan turut dikurangkan. Susunan pangkat dalam istana Jogjakarta dan Surakarta telah diperbaiki dan diletak di bawah pengawasan Belanda.Contohnya Sultan PPakubuwono VI telah dibuang ke Ambon kerana disyakki memulakan satu pemberontakan dan digantikan oleh anaknya pakubuwono VII. Baginda menjadi raja boneka Belanda.

3. Membangkitkan semangat rakyat Indonesia menentang Belanda . Perang Jawa telah menjadi pendorong kepada golongan nasionalis untuk bangkit menentang penjajahan Belanda. Penentangan yang dilakukan oleh Dipo Negoro menjadi inspirasi untuk menentang penguasaan Belanda.

Kesimpulan :

1. Perang Jawa yang telah dipimpin oleh kerabat diraja Kesultanan Jogjakarta merupakan suatu tanda ketidakpuasan terhadap penjajahan Belanda di Pulau Jawa, Indonesia. Kekalahan tentera jawa menentang Belanda telah memberi impak yang sangat besar terhadap kehidupan politik, ekonoi dan social khususnya penduduk Jawa.

2. Kehidupan rakyat Indonesia semakin sengsara kerana Belanda telah menguasai system politik Indonesia dan ekonomi . Perang jawa telah mengakibatkan kerugian harta benda dan juga kehilangan banyak nyawa sama ada daripada pihak rakyat mahupu tentera Belanda.


Pengilhakan India dan pengilhakan di Indo-China.

Pengenalan:

1. Menjelang abad ke 20 hampir seluruh India berada di bawah kekuasaan British.
2. Tujuan utama Britsh meluaskan kuasa di India adalah untuk kepentingan perdagangan.
3. Syarikat Hindia Timur meluaskan pengaruhnya ke atas wilayah-wilayah di India dengan menggunakan kaedah pengilhakan.
4. Kerajaan Laos pada awal kurun ke 19 terdiri daripada negeri-negeri seperti Luang Prabang, Vientiana, Champassah, Chien Kuang, Sip Song panna dan Sip Tha.
5. Perancis telah menakluki Delta Mekong, Vietnam dan Kemboja.
6. Mereka hanya akan berkuasa dengan berkesan jika semua kawasan ke timur Sungai Mekong dikuasai. Mula mengalihkan perhatian Laos.

a. INDIA

Lord William Bentick mengilhakan wilayah-wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore:

a. Raja Chacar mangkat tanpa waris atas permintaan penduduknya Lord William Bentick mengilhakan wilayah itu pada tahun 1830.
b. Coorg telah diilhakan atas sebab-sebab penyelewengan dalam pemerintahan rajanya yang zalim. Mewujudkan pentadbiran yang tidak stabil.
c. Mysore juga diilhakan atas sebab-sebab penyelewengan dalam pemerintahan.

Pengilhakan di bawah Lord Ellenborough

a. Perjanjian diadakan antara British dengan Sind bagi membenarkan saudagar menggunakan sunga-sungai dan jalanraya.
b. Beliau ingin merampas wilayah Sind dengan membuat beberapa tuduhan terhadap amir-amir Sind. Mereka dipaksa menyerahkan sebahagian besar wilayah Sind kepada British. Hanya mata wang British diakui sebagai sah.
c. Para amir menjadi marah dan menyerang Residensi British. Amir dapat ditewaskan dalam pertempuran di Miami dan Dabo. Sind dirampas dan diletakkan di bawah empayar British.

Pengilhakan di bawah Lord Dalhousie

a. Melanjutkan doktrin kebaikan untuk diperintah ke atas wilayah-wilayah yang dibelenggu pelbagai masalah penyelewengan pemerintahan/ salah tadbir tempatan.
b. Beliau mengisytiharkan perang terhadap kaum Sikh dan mengalahkan mereka di pertempuran Gujerat. British telah mengilhakan / mencantumkan Punjab ke dalam penguasaan British.
c. Beliau juga telah menggunakan doctrine of lapse atau Undang-undang Lesap Waris yang sah, wilayahnya akan diambil alih oleh British.
d. Beliau enggan mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan keturunannya sendiri.
e. Doktrin ini digunakan ke atas negeri-negeri merdeka/negeri-negeri yang dibentuk oleh SHT dan bukan ke atas negeri-negeri naungan.
f. Negeri-negeri yang diilhakan menggunakan doktrin ini ialah Sarata (1848), Jaipur dan Sambalpur (1849), Baghat (1850), Udaipur (1853), Jhansi (1854), Karnatik (1853) dan Tajnore (1855).
g. Melalui cara-cara penyelewengan pemerintahan dan doktrin kebaikan untuk diperintah, pemerintah Oudh, mengabaikan pentadbiran dan berlaku kekecohan atau keadaan huru hara serta amalan rasuah.
h. Perjanjian dibuat di anatra Briish dengan pemerintah Nawab, Nawab dibenarkan mengekalkan gelaran serta dibayar pencen 15 000.00 rupee. Apabila Nawab enggan menandatangani perjanjian tersebut, Oudh dilhakan.

Pengilhakan di Vietnam:

a. Maharaja Gia Long mengadakan hubungan baik dengan Perancis – bertolak ansur dengan agama Kristian walaupun fahaman Confucianisme bertapak kukuh di Vietnam. Pelantikan Bishop Pigneau sebagai menteri besar mengeratkan hubungan dengan Perancis.
b. Minh Mang tidak meneruskan dasar ayahandanya. Baginda berpegang teguh kepada ajaran Confucianisme dan menjalankan dasar tutup pintu.
c. 1825 – mengeluarkan undang-undang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian kerana agama Kristian dianggap merosakkan kebudayaan Vietnam.
d. Baginda melakukan kekejaman terhadap orang Kristian, membinasakan gereja-gereja dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai Perancis.
e. Pada masa pemerintahan Thien Tri, baginda meneruskan dasar ayahanda dan menggiatkan lagi penganiayaan terhadap penganut Kristian. Dasar pemencilan juga diteruskan.
f. Permusuhan perancis-Vietnam memuncak pada masa pemerintahan Tu Duc, kegiatan anti-Kristian semakin meluas dan pembunuhan mubaligh-mubaligh bertambah. Contohnya, pembunuhan paderi Augustian Ascheffler dan Paderi Jean-Louis Bonnard antara tahun 1851-1852.
g. Perancis memerlukan Vietnam sebagai pangkalan perdagangan di timur.
h. Dengan alasan pembunuhan Bishop Diaz, paderi Sepanyol pada 1 September 1858, de Ganouilly menyerang Tourane.
i. Kemudian beliau menyerang Saigon, iaitu kawasan penanaman padi utama dan pusat pengumpula padi Vienam pada 17 Februari 1859. Seluruh Vietnam jatuh ke tangan Perancis.


Pengilhakan di Kemboja

a. Kemboja memelihara kemerdekaannya dengan membayar ufti kepada Vietnam dan Siam.
b. 1863- Laksamana la grandiere memaksa raja Norodom menghentikan pembayaran ufti kepada Vietnam dan Thailand.
c. Thailand membantah – Kemboja ialah negeri naungan Thailand.
d. Satu perjanjian dibuat antara Thailand – Perancis 1867, Thailand menarik balik semua tuntutannya ke atas Kemboja sementara Perancis mengakui kedaulatan Siam ke atas Battambang dan Siemreap. Kemboja kini menjadi negeri naungan Perancis.

Pengilhakan Tongking

a. Tujuan utama Perancis menakluki Tongking adalah untuk meluaskan pengaruh perdagangannya.
b. Perancis juga bimbang persaingan kuasa-kuasa Barat lain seperti Jerman, Itali dan Amerika Syarikat.
c. Perluasan kuasa lebih agresif oleh Perancis pada 1880an. Pada 1882, kapten Henri Riviere menyerang dan merampas Hanoi dan Tongking pula pada tahun 1883.
d. Maharaja Hiep Hoa menandatangani perjanjian dengan Perancis ( Ogos 1883).
e. Melalui perjanjian tersebut, menjelang 1884 Perancis telah menguasai seluruh Vietnam. Tongking pula dipisahkan dari Vietnam dan diletakkan di bawah kuasa langsung Perancis.

Pengilhakan Laos

a. Perancis membantah langkah Laos menghantar ufti kepada Thailand.
b. Laos seharusnya menghantar ufti kepada Perancis kerana Laos pernah menghantar ufti kepada Vietnam yang kini merupakan naungan Perancis.
c. 1886 – Perancis menuntut hak Vietnam ke atas seluruh kawasan sebelah timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang, Laos membantah menyebabkan seorang naib Konsular dilantik di Luang Prabang bagi membantu raja Luang Prabang.
d. Berlaku konflik di antara Perancis- Thailang. Siam campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Laos itu di Sip Song Chu Tai dengan membantu pemberontak Cina yang melarikan diri ke wilayah itu.
e. Perancis terus menekan Laos. Tindakan Thailand tidak patuh kepada tuntutan Perancis supaya tidak campur tangan di Laos menyebabkan Perancis gunakan kekerasan.
f. Berlaku peristiwa Paknam 1893. Tentera Perancis telah mengadakan tentera Thailand menyebabkan Chulalongkorn melepaskan kekuasaannya ke atas Laos. Akhirnya Laos dijadikan negeri naungan Perancis.

Kesimpulan:

1. Pengilhakan di India merupakan proses untuk menguasai seluruh India oleh pihak British.
2. Pengilhakan di Vietnam, Kemboja, Tongking dan Laos pula merupakan proses untuk menguasai seluruh Indo China oleh Perancis.
3. Barat meminati Asia kerana kepentingan ekonomi walau pun sebab-sebab lain seperti politik dan agama juga penting.Bagi mencapai matlamat tersebut, kuasa-kuasa Barat telah campur tangan dalam hal ehwal Negara-negara Asia, khususnya di India dan Indo China melalui tiga cara utama iaitu perjanjian ,peperangan dan pengilhakan.


Jelaskan migrasi orang Cina dan proses pembentukan masyarakat majmuk di Filipina.

Pengenalan:

1. Migrasi-satu bentuk mobiliti ruang yang berlaku antara satu unit atau kawasan yang membabaitkan peruabahan tempat tinggal ke tempat yan baru
2. Perpindahan satu kelompok manusia dari negara asal ke negara baru/lain
3. Masyarakat majmuk satu masyarakat yang mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan atau kaum yang berbeza yang hidup dalam satu komuniti dan tempat yang sama
4.
Orang Cina berpindah masuk ke negara Filipina dari negara China
5. Kemasukan orang Cina telah memberi kesan ke atas struktur social masyarakat Filipina

Isi-isi penting (20 M)

Penghijrahan berlaku dari abad 7 hingga 19 masihi

Penghijrahan dibahagikan kepada dua peringkat: I). 1834(Manila dibuka kepada perdagangan asing) II). 1876-1886

Pemerintahan Sepanyol- masyarakat Cina dipanggil ‘Sanleys’ (bermaksud pedagang yang mengembara)

Dasar Sepanyol terhadap orang Cina mengikut keperluan ekonomi dan kebijaksanaan politik

Jawatan ‘Gobernadorcillos’ diwujudkan bagi mengawal hal-ehwal dan aktiviti orang Cina

Larangan-larangan terhadap orang Cina:tidak dibenarkan menjelajah sesuka hati; dilarang milik tanah; dibenarkan bergerak pada waktu siang sahaja.Reaksi penduduk Cina terhadap larangan dan sekatan adalah melalui pemberontakan.


Pihak Gereja Roman Katholik menyokong orang Cina sebab mereka penting dalam gerakan kristianisasi dan ekonomi.Dengan itu, pihak Sepanyol melepaskan sekatan terhadap orang Cina Kristian;kumpulan ini dikenali ‘Mestizo’ dan dianggap setaraf dengan orang tempatan serta diberi banyak keistimewaan.

Orang Mestizos menguasai pertanian eksport, menjadi orang tengah dalam perniagaan, pemborong dan ceti; merupakan golongan berpendidikan (llustrados) .

Orang Mestizos pandang rendah terhadap penduduk tempatan sehingga tercetusnya kekacauan kaum.

Amerika Syarikat mewujudkan undang-undang seperti Akta Buku Simpanan Kira-kira 1921 yang menghalang tulisan Cina dalam buku Akaun.

1940, Komanwel Filipina meluluskan kuota seramai 500 orang bagi tiap-tiap negeri tanpa mengira warna kulit.

Undang-undang Kewarganegaraan 1939 –kerakyatan tidak diberikan kepada sesiapa yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan penduduk tempatan/tidak mempelajari budaya dan idealisme Filipina.

Akta Perdagangan Perkapalan 1923 dan Perlembagaan Filipina –sekatan aktiviti ekonomi orang Cina kerana orang Cina mula mendominasi bidang ekonomi negara Filipina.

Majlis Perniagaan Cina(Dewan Perniagaan Umum Cina) ditubuhkan menjadi suara rasmi penduduk Cina Filipina
Dua sistem pendidikan diwujudkan pada zaman Sepanyol bagi orang Cina (Oleh mubaligh kristian dan orang Cina sendiri); Semasa Amerika Syarikat, sekolah Anglo Chinese (1899) ditubuhkan.

Kurukulum berdasarkan negara China diamalkan; sekolah Cina diperakui oleh jabatan negara China

Kesimpulan

1. Pada awalnya, kemasukan orang Cina ke Filipina diterima oleh kuasa penjajah atas kepentingan ekonomi tetapi sekatan mula dikenakan apabila mereka mula mengatasi kuasa ekonomi pihak penjajah.

2. Ini memberi kesan ke atas migrasi penduduk Cina ke Filipina. Namun, peranan mereka dalam bidang ekonomi telah menyebabkan mereka telah diserap dalam struktur masyarakat Filipina dan terus menjadi sebahagian daripada bangsa Filipina hingga hari ini


Bincangkan peranan orang Cina dan orang India dalam perkembangan ekonomi di negara Thailand dan Myanmar.

Pengenalan

1. Asia Tenggara tarikan pedagang Cina dan India sejak abad I ke Masihi. (Kerajaan Hindu awal- Funan)
2. Asia Tenggara kaya dengan rempah ratus dan sumber asli
3. Kedudukan strategik: Negara Thailand berdekatan dengan negara China dan negara Myanmar berdekatan dengan negara India

Isi-isi Penting (20 M)

a). Peranan orang Cina di Thailand.

1. Selepas PD II, penghijrahan orang Cina ke Thailand meningkat (Tahun 1941
2. bilangan orang Cina bertambah 10% daripada jumlah penduduk)
3. Melibatkan diri dan menguasai sektor-sektor perdagangan (70%), industri(16%), perlombongan(6%), pertanian dan perikanan (8%)
4. Sebab-sebab penghijrahan: permintaan tenaga buruh Cina yang tinggi dan penglibatan mereka dalam hal perdagangan
5. Penglibatan orang Cina dalam perdagangan import dan eksport
6. Melibatkan diri dalam penanaman padi dan tebu, perlombongan bijih timah serta perusahaan beras (didominasi oleh orang Cina)
7. Dasar dinasti Chakri mengalakkan orang Cina tinggal di Bangkok;kadar upah yang tinggi ditawarkan
8. Golongan Lukchin-Lelaki imigran Cina selalunya tidak membawa isteri bersama semasa berhijrah ke Thailand dan bersifat sementara; Kekurangan wanita Cina tempatan menyebabkan mereka mula berkahwin dengan wanita tempatan (jumlah Lukchin: tahun 1820-an berjumlah 80 000 orang)
9. Suku Hokkien dan Kantonis- suku Hokkien terlibat dalam perlombongan bijih timah di Segenting Kra dan suku Kantonis terlibat dalam sector professional seperti pengurusan dan kejuruteraan (sekitar abad ke-18)
10. Memonopoli judi, penjualan candu, loteri dan arak; bergerak bebas; dikecualikan daripada cukai
11. Membangunkan bandar-bandar utama seperti Bangkok, Korat, Sukhotai dan Uttradit-aktiviti perdagangan dan perniagaan
12. Penglibatan orang Teochew dalam perdagangan dan perniagaan beras[pengimport dan pengeksport beras serta pengilang padi] (mulai abad ke-19, menjadi suku dominan di Thailand)
13. Orang Cina menjadi penggerak ekonomi negara Thailand atas sebab-sebab dasar perlindungan diraja seperti keistimewaan yang diterima daripada raja Mongkut dan Chulalongkarn dan persepsi orang tempatan yang menganggap orang Cina bukan sebagai orang asing(budaya dan rupa fizikal yang sama)
14. Memperkenalkan sistem pendidikan dan persekolah tersendiri;Bahasa Cina sebagai bahasa perantaraan; naungan daripada orang kaya Cina di Thailand(sehingga tahun 1930-an sahaja)

b).Peranan orang India di Myanmar

1. Orang India masuk ke Myanmar disebabkan oleh British:sebab kedudukan geografi yang sama dengan India mengalakkan penghijrahan
2. Mengisi ruang pekerjaan yang sedia wujud di Myanmar dalam sector pertanian, perusahaan dan perburuhan
3. Merupakan tenaga buruh murah
4. Mengisi ruang pekerjaan dalam sector perkhidmatan, pendidikan dan perubatan; sebab orang India mahir dalam bahasa Inggeris; pentadbiran British di India dan Myanmar adalah sama
5. Mendominasi pekerjaan di hospital
6. Melibatkan diri secara aktif dalam sector penanaman padi-menjadi ekonomi komersial; tenaga buruh murah; menjelang tahun 1900, penghijrahan orang India ke Myanmar menjadi suku juta setahun
7. Kemasukan orang India ke Myanmar tiga cara: kerajaan, syarikat-syarikat persendirian dan sendiri
8. Golongan Chettiar- aktiviti peminjaman wang; memberi 2/3 daripada pinjaman kepada petani; mengambil tanah sebagai cagaran; sekiranya petani gagal membayar balik pinjaman tanah akan menjadi miliknya

Kesimpulan
1. Kemasukan orang Cina di Thailand dan orang Cina di Myanmar membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk
2. Kedudukan golongan imigran ini menjadi kuat dan kukuh disebabkan oleh penguasaan ekonomi; wujudnya perasaan anti Cina dan anti India.
3. Hak ekonomi orang tempatan mula berkurangan; ini membawa kepada penentangan dan kemunculan gerakan nasionalisme di Myanmar dan Thailand (contohnya gerakan anti Cina yang dipimpin oleh Pibun Songram


Sejauh manakah faktor bahasa dan kesusasteraan mempengaruhi kesedaran nasionalisme di kalangan orang Melayu di antara tahun 1900 hingga menjelang Perang Dunia Kedua?


A. Pengenalan:
Terdapat banyak faktor yang membawa kepada kesedaran nasionalisme:
Faktor agama
Kewartawanan
Sistem pendidikan
Intelektual
Pengaruh luar
Bahasa dan kesusasteraan

B. Isi:
Bahasa dan kesusasteraan:
k. Karya-karya sastera bukan sahaja digunakan untuk hiburan tetapi juga untuk menimbulkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu yang dihimpit oleh kaum imigran
l. Menyedarkan masyarakat Melayu yang berada dalam kemunduran dan kemerosotan khususnya dalam ekonomi menerusi novel ‘Dari Perangkap ke Penjara’ dan cerpen ‘Rumah Besar Tiang Seribu’
m. ‘Hikayat Faridah Hanom’ karya Syed Sheik Al-Hadi memperjuangkan emansipasi wanita dan pentingnya wanita Islam moden diberi hak yang sama seperti kaum lelaki
n. ‘Putera Gunung Tahan’ karya Ishak Hj Muhamad menceritakan tentang kelemahan pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British
o. Abad ke-20 muncul karya untuk menyedarkan masyarakat Melayu pentingnya pendidikan dan keazaman untuk mencapainya
p. Shamsudin Salleh melalui cerpen ‘Cermin Pergaulan Hidup di Dunia’ mengisahkan tentang tekanan di bawah penjajahan British
q. Puisi dan syair oleh Harun Aminurrashid – semua puisi bertemakan semangat kebangsaan Melayu. Contoh: ‘Semenanjung’, ‘Rayuan Bangsamu’, dan ‘Perwira Melayu’.
r. Abdul Samad Ahmad dalam puisi ‘Serunai Pujangga’ menyeru orang Melayu bersatu dan bergerak cergas untuk mencapai kemajuan.
s. Bidang kesusasteraan merupakan alat bagi masyarakat Melayu yang miskin meluahkan ketidakpuasan hati dan sebagai suatu protes secara senyap terhadap nasib malang di tanah air sendiri.
t. Bidang kesusasteraan menyedarkan orang Melayu tentang perjuangan golongan intelektual melindungi agama, bangsa, dan negara.

Intelektual:
j. Perjuangan golongan ini berkait rapat dengan bidang bahasa dan kesusasteraan.
k. Terdapat tiga golongan intelektual yang membangkitkan nasionalisme Melayu iaitu golongan intelektual berpendidikan Arab, Melayu, dan Inggeris.
l. ‘Al-Imam’ meniupkan seruan Islah Islamiyyah di Tanah Melayu dan diilhamkan oleh tokoh-tokoh berpendidikan Arab di Timur Tengah. Contoh: Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin dan Sheikh Mohd Salim Al-Kalali
m. Golongan intelektual yakin umat Islam boleh diselamatkan sekiranya mengikuti apa yang termaktub dalam Al-Quran dan hadis, mengutuk mereka yang mengamalkan agama semata-mata dan enggan menerima hakikat perubahan masa yang menyebabkan pemikiran umat Islam kolot dan mundur.
n. Perjuangan golongan intelektual berpendidikan Inggeris muncul akibat penguasaan ekonomi oleh bangsa asing.
o. Golongan ini juga bersikap sederhana dan boleh bekerjasama dengan pihak penjajah. Perjuangan mereka meliputi soal sosio-ekonomi masyarakat Melayu. seperti peluang melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Contoh : Dato’ Onn bin Jaafar dan Mohamad Eunos bin Abdullah.
p. Golongan intelektual Melayu memainkan peranan membentuk persatuan-persatuan dan kelab. Mereka menubuhkan persatuan-persatuan Melayu peringkat negeri. Contoh: Persatuan Melayu Pahang dan Perak.
q. Golongan ini lebih radikal berbanding dengan intelektual berpendidikan Arab dan Inggeris.
r. Intelektual terkemukaa berpendidikan Melayu ialah Ibrahim Hj Yaacob

Sistem Pendidikan:
f. Terbukti perkembangan pendidikan dalam dan luar negeri melahirkan golongan intelektual terpelajar yang berperanan penting membangkitkan gerakan nasionalisme.
g. Contoh: sistem pendidikan Arab yang dikenal sebagai sistem sekolah pondok
h. Pelajar-pelajar yang menuntut di Timur Tengah dipengaruhi oleh gerakan reformis Islam.
i. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris melahirkan golongan intelektual yang memperjuangkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu. Mereka menuntut keistimewaan yang diberikan kepada orang British perlu juga diberi kepada orang Melayu.
j. MPSI merupakan tempat berkumpul golongan intelektual Melayu daripada golongan bawahan yang mempunyai kesedaran untuk memperbaiki nasib orang Melayu.

Kewartawanan:
d. Bidang ini turut memberi sumbangan meningkatkan kesedaran politik masyarakat Melayu.
e. Contoh: Majlis, Warta Malaya, Idaran Zaman, Al-Imam, Utusan Melayu, Warta Negara, Lembaga Malaya, dan Majalah Guru.
f. Akhbar menyalurkan ilmu dan mesej supaya masyarakat Melayu mencapai kemajuan dalam hidup.

Faktor Luaran:
c. Peristiwa di luar Tanah Melayu memberi kesan besar kepada semangat nasionalisme orang Melayu.
d. Contoh: perkembangan politik Indonesia, Perang Rusia-Jepun (1904-1905), Pergerakan Turki Moden, dan kejayaan Revolusi 1911 di China.


Kesimpulan:
c. Bahasa dan kesusasteraan merupakan faktor penting membangkitkan kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu.
d. Faktor-faktor lain juga tidak kurang pentingnya dan berkait dengan faktor bahasa dan kesusasteraan


Huraikan proses gerakan anti-penyerahan di Sarawak dan terangkan faktor-faktor kegagalannya.


Pendahuluan:
Sejak 1941 keluarga Brooke mentadbir Sarawak.
Sarawak diperintah oleh raja putih selama 100 tahun.
Pada 1 Julai 1946, Sarawak diserah kepada Britih dan menjadi tanah jajahan British
Penyerahan Sarawak mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan.


Isi:
Pada tahun 1941, Charles Brooke mengisytiharkan perlembagaan yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak.
Charles Vyne Brooke meninggalkan Sarawak apabila Jepun menyerang
Selepas kekalahan Jepun, Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British kerana kerajaannya tidak mampu memulihkan ekonomi Sarawak, desakan oleh kerajaan British, Charles Vyner Brooke sudah tua dan tiada pengganti berkebolehan.
Penentangan terhadap dipenyerahan Sarawak wujud kerana bertentangan dengan perlembagaan 1941. Penyerahan akan melambatkan proses kemerdekaan.
Vyner Brooke tidak berunding dengan ketua-ketua kaum bumiputera Sarawak.
Pada 12 Feb 1946, Persatuan Melayu Sarawak (PMS) di bawah pimpinan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan
Pergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPMS) dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak juga membantah.
Tunjuk perasaan diadakan di Kuching semasa perlantikan gabenor British yang pertama di Sarawak, Sir Charles Arden Clarke.
British mengharamkan PPM dan mengeluarkan Pekeliling no 9 yang melarang kakitangan awam menyertai gerakan ini atau terlibat dalam tunjuk perasaan menentang British.
Kemuncak gerakan anti-penyerahan ialah peristiwa pembunuhan Sir Duncan Stewart oleh Rosli Dhobie
Rosli ialah ahli Rukun 13 kumpulan sulit yang ditubuhkan oleh PPMS.

Faktor-faktor kegagalan:
Tindakan British mengharamkan pertubuhan gerakan anti-penyerahan
Mereka mengeluarkan pekeliling no 9 yang memberi amaran kepada kakitangan kerajaan.
Penangkapan ahli pergerakan pemuda Melayu – dihukum mati atau dipenjarakan.
Tidak dibenarkan terlibat dengan tunjuk perasaan
Rakyat tempatan tidak bersatu, kurang pendidikan dan pendedahan politik.

Kesimpulan:
Menunjukkan kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat Sarawak
British memberi jaminan akan membantu Sarawak memperoleh pemerintahan sendiri
Kedudukan British di Sarawak semakin kukuh.
Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.

Pengenalan:

1. Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. British terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu yang baru

2. Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah diisytiharkan

Isi:

1. Ciri-ciri:
a. PTM terdiri daripada 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat
b. Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuan
c. Majlis Perundangan pula bertanggungjawab dalam menggubal undang-undang
d. Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang negeri
e. Orang Melayu diberi hak-hak istimewa sebagai kaum bumiputera
f. Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon kerakyatan diperketatkan

2. Reaksi:
g. Sebahagian besar masyarakat Melayu menyokong kerana hak-hak istimewa masyarakat Melayu dikembalikan
h. Masyarakat Melayu yang menjadi anggota parti berhaluan kiri seperti API, AWAS, PKMM dan PUTERA menentang kerana pemimpin UMNO yang menganggotai jawatankuasa kerja yang berfungsi menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan syarat-syarat memperoleh kerakyatan semakin ketat
i. PKMM, AWAS, API dan BATAS mendesak rakyat diberi kebebasan untuk memerintah negara
j. Sebuah badan politik bukan Melayu (AMCJA) membantah cara-cara kerajaan memilih ahli jawatankuasa yang merancang cadangan perlembagaan bagi kerajaan PTM
k. AMCJA turut membantah pertubuhan kerajaan PTM
l. AMCJA dan PUTERA bekerjasama dan mengemukakan idea-idea perlembagaan Tanah Melayu kepada kerajaan British


Kesimpulan:
4. Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan memperkenalkan PTM
5. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu
6. PTM 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957

15. Bincangkan kemunculan pertubuhan-pertubuhan di Tanah Melayu antara tahun 1926 hingga 1941.


Pengenalan:
Semangat nasionalisme abad ke-20 lebih menumpu kepada perkembangan ekonomi dan kemajuan social
Pertubuhan dipimpin oleh golongan berpendidikan


Isi:
Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
1. Ditubuhkan oleh Muhammad Uenos Abdullah
2. Tujuan:
jj. menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan pendidikan peringkat tinggi
nn. mengingatkan kaum Melayu tentang kesan penjajahan British
ll. menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan melibatkan diri dalam politik dan hak-hak serta kebebasan mereka
pp. memajukan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu

1. Kejayaan
qq. menawarkan biasiswa kepada anak Melayu
rr. menuntut sebidang tanah khas
pp. memperjuangkan penglibatan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat

Kelab Putera

1. Ditubuhkan di Kota Bharu oleh Asa’ad Shukri bin Haji Muda dan Abdul Kadir Abadi
2. Tujuan:
tt. menyatupadukan masyarakat Melayu Kelantan
uu. mencapai kemajuan dalam semua aspek kehidupan orang Melayu

1. Kegiatan
ss. menganjurkan ceramah agama, kebudayaan, ekonomi, politik dan pendidikan
tt. mengundang tokoh-tokoh seperti Ishak Haji Muhammad dan Ibrahim Haji Yaacob
uu. terlibat dalam penerbitan Majalah Akhbar Putera
vv. mendesak supaya tanah Bandar di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Putih, Kuala Krai dan Bachok dikecualikan daripada undang-undang penjualan tanah

Persekutuan Setiawan Belia
1. Ditubuhkan di Kota Bahru – pemimpin-pemimpin Persekutuan Setiawan Belia
2. Tujuan:
ww. menyebarkan ilmu pengetahuan melalui penghasilan buku-buku dan penubuhan perpustakaan
xx. menyatupadukan ahli-ahlinya yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar Madrasah Muhammadiah, Kota Bharu

Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

1. Ditubuhkan pada 1934
2. Dibuka kepada semua orang Melayu yang berumur 16 tahun dan ke atas
3. Disokong oleh ramai orang Tanah Melayu dan Sabah
4. Diasaskan oleh akhbar Saudara
5. Sebuah pertubuhan sosial dan kebajikan
6. Pemimpin utama Syed Alwi, SM Zainal Abidin, Sheikh Abdullah Al-Maghribi dan Hamidun b. Mohd Hashim
7. Tujuan:
bbb. menyatukan para peserta dari seluruh Tanah Melayu

Persatuan Melayu Perak (1937)

1. Ditubuhkan pada bulan September 1937 di Ipoh
2. Pemimpin - Wan Mohd Nur b. Wan Nasir dan Dr S. Kassim
3. Tujuan:
ccc. memelihara nasib orang Melayu Perak
åå. mengeratkan hubungan kerjasama di kalangan orang Melayu
ää. meningkatkan taraf pendidikan dan ekonomi orang Melayu
öö. memajukan kepentingan orang Melayu melalui dasar kerjasama dengan British

Persatuan Melayu Pahang (1938)

1. Ditubuhkan di bawah pimpinan Tengku Muhammad dan Datuk Hussein bin Mohd Talib
2. Tujuan:
aaa. memajukan pendidikan dan ekonomi orang Melayu
bbb. menyampaikan masalah-masalah ekonomi dan social orang Melayu kepada pihak British

P. Persatuan Melayu Selangor (1938)
1. Pemimpin - Tengku Ismail b. Tengku Mohd Yasin, Raja Bon b. Raja Yahya, Raja Yaacob b. Raja Alang dan Abdul Rahim Kajai
2. Tujuan:
iii. memajukan kaum Melayu
jjj. meningkatkan taraf pendidikan kaum Melayu
kkk. mendesak kerajaan supaya membenarkan penglibatan orang Melayu yang lebih dalam perkhidmatan awam
lll. menyeru supaya pihak British menyekat kemasukan secara beramai-ramai kaum asing

1. Perjuangan
mmm. membantah undang-undang Tanah Simpanan
hhh. mendesak pertambahan dalam bilangan askar Melayu dan kewujudan angkatan udara dan laut di Tanah Melayu
iii. membantah cadangan penubuhan sebuah universiti bari di Tanah Melayu
ppp. menganjurkan Kongres Melayu SeMalaya
kkk. menggesa supaya jawatan tinggi diberi kepada orang Melayu



Persatuan Melayu Negeri Sembilan (1938)

16.
Pemimpin - Tengku Mohammad Nasir Raja Nordin dan Haji Mohd Tahir b. Dato’ Bandar Abdul Rahman
17. Tujuan:
rrr. memelihara hak orang Melayu

18. Perjuangan:
mmm. memelihara kepentingan adat istiadat dan kebajikan orang Melayu
nnn. menggesa bahawa hak keistimewaan orang Melayu dipelihara

Kesatuan Melayu Muda (KMM)
19. Parti politik pertama di Tanah Melayu
20. Pemimpin - Ishak Haji Muhammad, Abdul Karim Rashid, Onan b. Haji Siraj, Hassan b. Manan, Isa Mohammad b. Mahmud, Ahmad Boestamam dan Mustapha Hussein
21.
Sebuah parti radikal yang mengamalkan sikap tidak bekerjasama dengan British
22. Perjuangan:
uuu. menentang pihak British di Tanah Melayu
vvv. menghapus rejim British di Tanah Melayu
www. melindungi hak-hak orang Melayu
xxx. menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia dalam konsep Melayu Raya

Kesimpulan:
1. Pada awal abad ke-20 telah muncul kesedaran nasionalis dikalangan pemimpin-pemimpin
2. Mereka juga memperjuangkan penglibatan orang Melayu dalam ekonomi dan menekankan kepentingan bidang pendidikan


Jelaskan syor-syor Malayan Union (MU) serta reaksi orang Melayu terhadap penubuhannya.

Pengenalan:

1. MU telah diperkenal pada 1946 - selepas Perang Dunia Kedua
2. Orang Melayu menentang MU kerana menghapuskan keistimewaan dan ketuanan mereka


Isi:

3. Syor-syor MU:

a. gabungan sembilan negeri-negeri Melayu dan dua negeri-negeri Selat
b. diketuai oleh gabenor dan dibantu oleh dua majlis iaitu Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Mesyuarat Undangan
c. kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan tetapi kuasa dikurangkan kepada hal-ehwal agama dan adat istiadat orang-orang Melayu
d. taraf kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus-soli / taraf kerakyatan diberikan kepada orang asing dengan syarat yang longgar
e. hak kewarganegaraan yang sama kepada semua semua orang tanpa mengira bangsa dan dan keturunan
f. Singapura diasingkan dan British mengekalkan pemerintahan di situ - Singapura mempunyai kekayaan ekonomi dan merupakan pusat pertahanan Inggeris (pengkalan tentera laut dan darat)
g. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal kerja tempatan
h. Gabenor diberi kuasa untuk meluluskan dan membatalkan undang-undang


4. Reaksi terhadap penubuhan MU:
h. orang-orang Melayu tidak puashati dan menentang cadangan MU
i. penentangan melalui akhbar - Utusan Melayu
j. menulis surat bantahan kepada kerajaan British di London
k. penentangan melalui persatuan-persatuan Melayu yang mengadakan perarakan dan tunjuk perasaan. Contoh : Persatuan Melayu Selangor dan Kelantan
l. Dato’ Onn dan Persatuan Melayu Selangor mengadakan Kongress Melayu SeMalaya dan menyatukan keseluruhan persatuan Melayu
m. 1 April 1946 - orang Melayu telah memulaukan upacara pelantikan Gabenor MU
n. 11 Mei 1946 - UMNO ditubuhkan dan akhirnya rancangan MU terpaksa dibatalkan

Kesimpulan:

1. MU mendapat tentangan darripada orang Melayu yang bersatu padu dan menubuhkan UMNO sebagai parti politik yang kuat.

2. Kerajaan British terpaksa bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Melayu. Hasilnya satu perlembagaan baru dibentuk iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggantikan MU

Jelaskan perkembangan perlembagaan di Sarawak dan Sabah dari tahun 1946 hingga 1963.

Pengenalan:
7. Sarawak ditadbir oleh keluarga Brooke sejak tahun 1842
8. Perubahan di bawah pentadbiran Raja-raja Putih
9. Pengenalan kod undang-undang, penubuhan Majlis Tertinggi, Majlis Negeri dan perlembagaan 1941
10. Sabah ditadbir oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara
11. Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat
12. Majlis Undangan ditubuhkan dan Mahkamah Anak Negeri dikekalkan

Isi:

2. Sarawak:
a. selepas Jepun, Charles Vyner Brooke telah kembali ke Sarawak
b. 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British
c. Tamatnya dinasti Brooke di Sarawak dan Sarawak menjadi tanah jajahan Inggeris atau Crown Colony
d. Perlembagaan 1941 digunakan sebagai asas untuk mentadbir Sarawak
e. Sarawak ditadbir oleh seorang gabenor, Sir Charles Arden Clarke
f. Majlis Tempatan ditubuhkan bertujuan memberi latihan kepada penduduk tempatan dalam pemerintahan
g. Majlis ini berkuasa dalam bidang pendidikan, kesihatan, bekalan elektrik dan air, jalan raya dan pungutan cukai
h. 1956 – perlembagaan baru diluluskan
i. 10 orang ahli Majlis Tertinggi dan 45 oang ahli Majlis Negeri dikekalkan untuk membantu gabenor
j. Majlis Tempatan diubah menjadi Majlis Daerah di bawah Pegawai Daerah
k. Sarawak dibahagi kepada lima bahagian. Setiap bahagian diketuai oleh Residen. Daerah diketuai oleh Pegawai Daerah
l. 24 buah daerah ditadbir dengan bantuan Majlis Daerah
m. Pilihanraya pertama untuk Majlis Daerah diadakan pada tahun 1959 untuk memilih wakil ke Majlis Penasihat Bahagian
n. Ahli Majlis Penasihat Bahagian memilih wakil ke Majlis Negeri
o. Sistem ini kekal sehingga tahun 1963

3. Sabah:

a. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menyerahkan Sabah kepada kerajaan Inggeris pada 15 Julai 1946

b. Sabah menjadi tanah jajahan Inggeris – diperintah oleh gabenor dengan bantuan Majlis Penasihat

c. Perlembagaan baru diperkenalkan yang terdiri daripada Majlis Eksekutif (Majlis Mesyuarat Kerajaan) dan Majlis Mesyuarat Undangan

d. Majlis Eksekutif menasihati gabenor tentang pentadbiran dan dasar penting kerajaan Inggeris

e. Sabah dibahagi kepada empat residensi dan setiap residensi dibahagi kepada daerah-daerah

f. Majlis Tempatan diasaskan di daerah Kota Belud, Sipitang dan Papar. Matlamatnya untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran

g. Majlis Tempatan dikenali sebagai Majlis Daerah

h. Perlembagaan dirombak. Jumlah ahli dalam Majlis Eksekutif ialah 12 orang dan Majlis Undangan Negeri Sabah ditambah menjadi 25 ahli


Kesimpulan:

4. Menjelang awal 1960-an, banyak parti politik telah ditubuhkan di Sabah dan Sarawak.
5. Penduduk telah berjuang untuk kemerdekaan dan telah menyertai Malaysia yang telah ditubuhkan pada 1963.
6. Sabah dan Sarawak telah memperkenalkan perlembagaan baru yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957







Huraikan langkah-langkah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.

Pengenalan:
6. Tanah Melayu melalui pelbagai peringkat sebelum mencapai kemerdekaan
7. April 1951 - Sistem Ahli diperkenalkan
8. Ia merupakan satu usaha penting British untuk mewujudkan Pakatan Murni iaitu perpaduan tiga kaum
9. Sistem Ahli dikenali sebagai kabinet bayangan yang merupakan satu barisan tokoh-tokoh tempatan mentadbir Negara secara tidak langsung dan mendapat latihan mentadbir Negara
10. Tanah Melayu kemudiannya telah melalui proses pilihanraya

Isi:
18. Pilihanraya digunakan oleh British untuk menguji sama ada wujudnya perpaduan di kalangan rakyat Tanah Melayu
19. Pada peringkat permulaan, pilihanraya peringkat tempatan diperkenalkan pada 1951 bagi Majlis Bandaran Georgetown, Johor Bharu, Ipoh, Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur
20. Pilihanraya umum diadakan pada 27 Julai 1955
21. Sebanyak 52 kerusi dipertandingkan
22. Parti Perikatan mewakili kombinasi parti-parti politik tiga kaum berlainan dan memenangi 51 kerusi
23. Kemenangan menunjukkan rakyat percaya cara terbaik mencapai kemerdekaan ialah melalui kerjasama antara kaum
24. Penubuhan Parti Perikatan bertujuan untuk mendapat undi majoriti
25. Penubuhannya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa asing
26. Rundingan kemerdekaan diadakan di London antara pemimpin Tanah Melayu dengan kerajaan British
27. Keputusan pilihanraya umum 1955 memaksa kerajaan British menerima hakikat Parti Perikatan disokong oleh semua rakyat Tanah Melayu
28. Parti Perikatan telah berjanji akan mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun semasa kempen pilihanraya
29. Pada Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu
30.
8 Februari 1956, Perjanjian London dimeterai antara Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dan British
31. Perjanjian London menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
32. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis
33. Beberapa pindaan telah dibuat oleh Suruhanjaya Reid terhadap rang perlembagaan yang kemudiannya disahkan oleh Majlis Raja-raja
34. Perisytiharan kemerdekaan dibuat pada pagi 31 Ogos 1957

Kesimpulan:
4. Langkah awal untuk mencapai kemerdekaan ialah melalui Pakatan Murni dalam Sistem Ahli
5. British mengadakan pelbagai peringkat pilihanraya untuk menguji tahap perpaduan
6. Keputusan pilihanraya umum 1955 membuktikan dasar perjuangan sesuai dengan penduduk Tanah Melayu


Huraikan tindakan-tindakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang membawa kepada perisytiharan darurat.

Pengenalan:

5. PKM melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan di Tanah Melayu.
6. Menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu
7. PKM melakukan kekejaman iaitu dengan pembunuhan para pegawai British
8. British berusaha untuk membendung komunis dengan mengisytiharkan darurat pada 1948

Isi:
14. PKM ditubuhkan pada 1930 – untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya
15. PKM menyusup masuk ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan sekolah Cina (golongan belia)
16. PKM bergerak secara sulit/gerakan bawah tanah kerana tidak didaftarkan
17. 1936 hingga 1937 – organisasi PKM mantap dan menghasut para pekerja dan melancarkan mogok di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor.
18. 1939 – keanggotaan PKM bertambah 37 ribu orang
19. Ramai orang Cina terpengaruh dengan perjuangan PKM untuk menjaga kebajikan dan kepentingan mereka
20. 1942 hingga 1945 – pihak British bekerjasama dengan PKM untuk menentang PKM
21. PKM membentuk Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)
22. British melatih dan membekalkan senjata kepada tentera gerila komunis
23. Tamat Perang Dunia Kedua, British iktiraf PKM sebagai parti yang sah di Tanah Melayu
24. PKM meluaskan pengaruh – menguasai sekolah Cina dan kesatuan sekerja
25. 1947 – permogokan di Batu Arang untuk lumpuhkan ekonomi Chin Peng ambil alih – lebih agresif- guna kekerasan dan melancarkan pemberontakan bersenjata pada Jun 1948
26. Tiga orang pegawai British dibunuh di Sg Siput dan darurat diisytiharkan – PKM diharamkan

Kesimpulan:
3. British telah berjaya melumpuhkan kegiatan komunis
4. British lebih bersedia untuk bekerjasama dengan pemimpin tempatan yang lebih berfahaman sederhana – ini telah mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu


Bincangkan usaha-usaha yang diambil untuk menubuhkan persatuan akhbar atau pertubuhan orang Cina dan India selepas Perang Dunia Kedua.

Pengenalan:
3. Sejak kedatangan orang India ke Tanah Melayu, mereka telah menubuhkan pertubuhan yang bercorak social, kebudayaan dan kebajikan dan memberi tumpuan kepada pergolakkan politik di India.
4. Orang Cina pula mempunyai tradisi berpersatuan seperti kegiatan kongsi-kongsi gelap dan lbih berminat dalam kegiatan politik di negara Cina.

Isi:

3. India:

m. Pergerakan politik kaum India telah mula memberi perhatian dalam pergolakan politik negara ini
n. MIC ditubuhkan pada tahun 1946 dibawah John A. Thivy
o. Matlamatnya
p. menjaga kepentingan kaum India di Tanah Melayu
q. memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain
r. Kesatuan Sekerja , Malayan Union Association (MUA) dan Federal India
s. Organisation (FIO) di tubuhkan untuk menjaga kepentingan pekerja kaum
t. India di Tanah Melayu, dipimpin oleh K. Ramanathan
u. Perlembagaan MIC dipinda dan parti menerima penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
v. Akhbar berbahasa Tamil ialah Tamil Nesan dan Tamil Murasu yang memberi perhatian kepada sosio ekonomi kaun India.
w. 1954, MIC menyertai Parti Perikatan
x. 1955, V.T.Sambanthan dipilih menjadi presiden MIC.

4. Cina:

n. PKM (diwakili oleh kaum Cina) telah membantu British menentang Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
o. PKM menentang British selepas pendudukan British
p. PKM melancarkan pemberontakan bersenjata
q. PKM gagal dan diharamkan pada tahun 1948
r. Peertubuhan politik dianggotai oleh orang Cina ialah MCA yang cuba menyekat fahaman komunis di kalangan orang Cina dan menghalang mereka daripada menyertai PKM
s. Matlamatnya ialah untuk melindungi kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu dan bekerjasama dengan kerajaan British
t. MCA dibawah pimpinan Tan Cheng Lock. Keahlian MCA meningkat diwah kepimpinannya.
u. MCA telah membantu menempatkan semula setiggan-setinggan CIna di kampong-kampung baru.
a. MCA berpakat dengan UMNO untuk pilihanraya 1952. Menang 9 daripada 12 kerusi.
v. Parti Buruh Pulau Pinag di bawah pimpinan Yeop Chong Kong, menjaga hak buruh Cina.
w. Parti Buruh Pulau Pinang telah bertanding pihihanraya Pulau Pinang 1951 telah menang 1 kerusi
x. Pan Malayan Labour Party (gabungan beberapa buah parti buruh) telah ditubuhkan diperingkat Negeri.
y. Nama parti ditukar kepada Parti Buruh SeMalaya pada 1954.
z. Menentang PKM dan bekerjasama dengan British.

Kesimpulan:

2. UMNO,MCA dan MIC telah bergabung dan bertanding dalam pihihanraya peringkat bandaran dan negeri pada tahun 1952 dan menjelang pilihanraya peringkat Persekutuan 1955.Parti Perikatan telah dibentuk(UMNO.MCA,dan MIC) untuk merintis jalan ke kemerdekaan Tanah Melayu.


Terangkan perjuangan parti-parti politik berhaluan kiri di Tanah Melayu dari tahun 1945 hingga 1947.

Pengenalan:

4. Selepas tamat Perang Dunia Keda kegiatan berpolitik di Tanah Melayu semakin berkembang pesat dengan pembentukan banyak parti politik baharu
5. Kewujudan parti-parti politik berhaluan kiri telah menyemarakkan lagi perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
6. Parti-parti politik berhaluan kiri berideologikan sosialis dan komunis.

Isi:
12. Parti Kebangsaan Melayu Malaya ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Perak dengan nama asalnya Parti Sosialis
13. PKMM dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan Mokhtaruddin Lasso
14. PKMM berusaha menyatupadukan bangsa Melyu dan mencapai kemerdekaan melalui gabungan dengan Indonesia
15. PKMM memajukan ekonomi dan memberi peluang pendidikan kepada orang melayu
16. PKMM mewujudkan hubungan baik diantara semua kaum di Tanah Melayu
17. Memberi sokongan terhadap perjuangan bangsa Indonesia untuk mencapai kemerdekaan
18. Angkatan Pemuda Insaf (API) ditubuhkan pada tahun 1946 menggunakan slogan “Merdeka dengan darah”.Menggunakan cara radikal untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu
19. Angkatan Wanita Sedar (AWAS) ditubuhkan di Perak pada tahun1946 dipimpin oleh Sawiyah bt. Ali.AWAS berfahaman sosialis dan berjuang bersama dengan pertubuhan berhaluan kiri yang lain untuk menentang British di Tanah Melayu.
20. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) ditubuhkan pada bulan Februari 1947, menjalin pakatan dengan AMCJA untuk menentang pentadbiran British di Tanah Melayu
21. Pakatan ini juga menentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
22. PUTERA telah mengemukakan perlembagaan rakyat yang mengandungi 10 perkara utama untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu dan Bangsa Melayu

Kesimpulan:

5. perjuangan parti-parti politik berhaluan kiri di Tanah Melayu bertujuan untuk mencapai kemerdekaaan
6. mengamalkan dasar-dasar tidak bekerjasama dengan British
7. perjuangan parti politik berhaluan kiri kurang mendapat sambutan daripada penduduk Tanah Melayu kerana corak perjuangan berbentuk radikal


Bincangkan bentuk pemerintahan di Myanmar (Burma) dan Vietnam selepas Perang Dunia Kedua.

Pengenalan (3 markah)

1. Myanmar (Burma) dan Vietnam mempunyai latar belakang sejarah pemerintahan yang berbeza.
2. Burma/Myanmar pernah menjadi negara jajahan British manakala Vietnam berideologi komunis

Isi- Pemerintahan di Myanmar (10 markah).

1. Pemerintahan tentera selepas Perang Dunia Kedua.
2. Jeneral Aung San yang mengetuai Majlis Menteri dalam pentadbiran tentera mengadakan pilihanraya pada tahun 1947.
3. Parti Liga Kemerdekaan Rakyat Anti Fasis
4. (AFPFL) pimpinan Aung San menang tetapi beliau mati dibunuh oleh U Saw bekas ahli AFPFL.
5. U Nu mengetuai kerajaan dan mendapatkan kemerdekaan Myanmar daripada British pada tahun 1948.
6. Pemerintahan Myanmar meniru corak Parlimen British yang mengandungi Dewan Rendah dan Dewan Kebangsaan.
7. Pilihanraya diadakan empat tahun sekali untuk memilih kedua-dua ahli dewan.
8. Ketua negara Burma ialah Presiden yang dipilh oleh kedua-dua dewan untuk tempoh lima tahun.
9. Presiden berkuasa melantik Perdana Menteri. Dia juga berkuasa melantik menteri, memanggil dan membubarkan dewan perwakilan.
10. Pentadbiran tempatan terbahagi kepada tiga bahagian;

a. Burma sebenar/Burma Proper mengandungi lapan bahagian dan setiap satu mengandungi 34 daerah yang ditadbir terus oleh kerajaan pusat di Ranggon.
b. Kampung dan bandar memilih wakil melalui wakil ke majlis bandar.
c. Majlis bandar memilih 4-8 wakil ke majlis daerah.
d. Setiap negeri mempunyai majlis negeri sebagai pembuat dasar.
e. Ketua Eksekutif Negeri dilantik oleh Presiden.
f. Ketua eksekutif akan menjadi menteri masing-masing dalam kabinet pusat.

11. Sistem pemerintahan ini berakhir pada 2 Mac 1962 bila berlaku rampasan kuasa oleh Jeneral Ne Win.
12. Beliau menubuhkan Majlis Revolusi yang terdiri daripada 18 anggota kanan tentera. Beliau bertindak sebagai Presiden dan perlembagaan baru dibentuk pada tahun 1962.

Pemerintahan di Vietnam
Vietnam Utara
1. Sistem pemerintahan Vietnam mengikut model negara China
2. Kerajaan Vietnam diletakkan di bawah kekuasaan Presiden yg dibantu oleh Naib Presiden
3. Dewan Tertinggi ialah Dewan Perhimpunan Kebangsaan
4. Ahli-ahli Dewan dipilih oleh rakyat yg berumur 18 tahun ke atas bagi tempoh 4 tahun
5. Ketua Negara bagi Vietnam ialah Presiden yg mempunyai kuasa
a. Melantik perdana menteri dan ahli kabinet
b. Mengumumkan undang-undang
c. Menganugerahkan pingat kebesaran
d. Memberi pengampunan
e. Menjalin hubungan dgn kuasa luar

6. Vietnam dibahagikan kpd wilayah , wilayah autonomi dan bandaraya

Vietnam Selatan

1. Sistem pemerintahan bercorak Republik Demokratik
2. Pemerintahan mengandungi 3 badan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman
3. Presiden mengetuai badan eksekutif
4. Presiden lebih berkuasa daripada semua badan utama pemerintahan
5. Presiden merupakan ketua negara dan dibantu oleh naib presiden. Mereka dipilih melalui pilihan raya .
6. Kuasa presiden meliputi bidang berikut
a. Melantik ahli kabinet
b. Merupakan ketua kerajaan
c. Merupakan ketua angkatan tertinggi tentera
7.
Presiden berkhidmat selama 5 tahun untuk sepenggal dan boleh dilanjutkan kepada 3 penggal
8. Badan perundangan mengandungi sebuah Dewan Perhimpunan Kebangsaan yang terdiri daripada 123 ahli yang dipilih melalui pilihan raya
9. Terdapat beberapa pentadbiran tempatan. Vietnam Selatan dibahagikan kpd 40 wilayah yang setiapnya ditadbir oleh Ketua Menteri yang dilantik dan bertanggungjawab kepada presiden.
10. Wilayah dibahagikan kepada daerah dan unit yang paling kecil ialah kampung

Penutup.
Myanmar (Burma ) dan Vietnam mempunyai bentuk pemerintahan tersendiri yang kemas dan mantap.
Pemerintahan di Burma dan Vietnam sering berubah corak akibat campur tangan tentera dalam pemerintahan. Demokrasi sering tergugat dan perlembagaan berubah-ubah mengikut arus pihak pemerintah.


Bandingkan sistem pentadbiran yang diamalkan di Indonesia dan India selepas mencapai kemerdekaan.

Pendahuluan

Indonesia merupakan negara yang telah dijajah oleh Belanda manakala India oleh British
Selepas merdeka, kedua-dua negara mengamalkan sistem pemerintahan bercorak republik

Indonesia ( 10 markah )

1. Sistem pemerintahan Indonesia berbentuk republik demokrasi
2. Terdapat seorang Presiden dan seorang Naib Presiden
3. Kabinet mempunyai kuasa eksekutif
4. Indonesia diperintah mengikut sistem parlimen di mana kabinet bertanggungjawab kepada parlimen
5. Presiden Indonesia mempunyai hak memerintah seumur hidup. Demokrasi negara diatur dan dipandu oleh Presiden.
6. Parlimen mengandungi satu dewan sahaja iaitu Dewan Perwakilan Rakyat yang mempunyai ahli seramai 260 orang yang berkhidmat untuk tempoh empat tahun. Dewan ini tidak mempunyai banyak kuasa untuk mengawal Presiden.
7. Terdapat 19 wilayah di Indonesia yang setiap satunya diperintah oleh Gabenor. Wilayah pula dibahagikan kepada kabupaten.
8. Bandar kecil dan kampung ialah unit paling bawah dalam pentadbiran.

India ( 10 markah )

Merupakan sebuah negara kesatuan
Dibahagikan kepada tiga badan utama, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman
Presiden adalah ketua badan eksekutif tetapi kuasa pemerintahan diketuai oleh perdana menteri. Beliau dilantik untuk tempoh selama 5 tahun.
Kuasa presiden adalah seperti –
a. mengetuai kuasa eksekutif
b. ketua tertinggi angkatan tentera
c. melantik perdana menteri dan ahli kabinet
kuasa perdana menteri
a. ketua bahagian
b. mempunyai kuasa pemerintahan sebenar
c. membuat dasar-dasar kerajaan
Tiga unit dalam badan perundangan ialah
a. Presiden
b. Dewan Negeri ( Rajya Sabha ) dengan 250 orang ahli yang berkhidmat untuk tempoh 6 tahun. Semua ahli dipilih kecuali 12 dilantik oleh presiden
c. Dewan Rakyat ( Lok Sabha ) dengan 500 orang ahli yang berkhidmat selama 6 tahun
India dibahagi kepada beberapa negeri dan setiap negeri diketuai oleh Gabenor yang dilantik oleh presiden untuk tempoh 5 tahun.
Kerajaan pusat mempunyai kuasa ke atas negeri
Setiap negeri dibahagi kepada daerah , daerah kecil dan taluk ( tahsil ). Daerah diketuai oleh Pemungut sebagai pemungut cukai atau majistret.

Kesimpulan

Sistem pentadbiran yang tersusun dan bercorak demokrasi ini telah berjaya mewujudkan keadaan yang aman dan meningkatkan pencapaian ekonomi negara masing-masing
Kesan kepada kewujudan bandar-bandar baru dan sistem sosial yang lebih baik seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.


Bincangkan sistem pentadbiran yang diamalkan di negara China dan Thailand selepas Perang Dunia Kedua.

Pengenalan

Sistem pentadbiran Thailand telah berubah akibat Revolusi Siam tahun 1932 daripada sistem monarki mutlak kepada Raja Berperlembagaan .
Negara China pula berubah kepada sistem Republik Komunis setelah Parti Komunis China ( PKC ) berjaya merampas kuasa dari Kuomintang.

China ( 12 markah )

Menjalankan pemerintahan komunis
1949 dikenali sebagai Republik Rakyat China
Badan Tertinggi adalah Jawatankuasa Persidangan Perundingan Rakyat China yang bertindak mengumumkan undang-undang rasmi kerajaan.
1954 bentuk pentadbiran mengikut Soviet Union
Badan Tertinggi adalah Kongres Kebangsaan Rakyat ( KKR )
Tugas KKR ialah
a. meluluskan undang-undang
b. menyelidik dan mengesahkan belanjawan Negara
c. mengubah dan membatal keputusan Jawatankuasa Tetap
d. memutuskan penubuhan wilayah, wilayah autonomi, perbandaran dan wilayah pentadbiran istimewa
e. memutuskan untuk berperang / berdamai
Terdapat 6 jawatan kuasa tetap yang dibentuk oleh KKR
J/Kuasa Kebangsaan
J/Kuasa Undang-undang
J/Kuasa Kewangan
J/Kuasa Pendidikan, Sains, Budaya dan Kesihatan Awam
J/Kuasa Hubungan Luar
J/Kuasa Orang China Seberang Laut
Ahli KKR dipilih melalui pilihanraya bagi tempoh 5 tahun
Ketua Republik China ialah presiden dan dibantu Naib Presiden yang dipilih oleh KKR
Anggota Majlis Negeri terdiri daripada Perdana Menteri, Ketua-ketua Audit Negara dan Setiausaha Agung
Suruhanjaya Tentera Darat untuk urusan pentadbiran ketenteraan dan bertanggungjawab kepada KKR
Mahkamah Agung rakyat bagi urusan keadilan dan membicarakan kes-kes jenayah serta sivil
Prokuratorat Rakyat dibentuk bagi urusan pengawasan badan-badan kerajaan
Terdapat 21 wilayah dan 5 wilayah autonomi di China.

Thailand ( 8 markah )

Mengamalkan system monarki berperlembagaan diamalkan sejak 1932
Bentuk pemerintahan demokrasi
a. Raja – ketua negara – ketua kepada 3 badan utama iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman
b. Hak golongan diraja ( kerabat )dilucutkan
c. Pilihanraya diadakan 4 tahun sekali
d. Rakyat menerajui pucuk pimpinan – Parti Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan
Badan Eksekutif ialah badan yang membuat dasar kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang mengetuai kabinet
Perdana Menteri dilantik oleh raja
Badan perundangan mengandungi 2 dewan yang berperanan menetapkan undang-undang Negara
Badan kehakiman menjalankan kes-kes mahkamah
Di peringkat tempatan Thailand dibahagi kepada 71 wilayah pentadbiran yang diperintah oleh Pesuruhjaya yang bertanggungjawab kepada Menteri Dalam Negeri.

Kesimpulan

1. Sistem pentadbiran Thailand dan China telah dipengaruhi oleh sistem barat.
2. Di Thailand akibat rampasan kuasa golongan tentera sistem pentadbiran demokrasi sering tergugat
3. Di Negara China, sistem pentadbiran republik komunis berjaya membawa kemajuan kepada rakyatnya.


Situasi politik yang tidak stabil di negara Thai dan Pakistan menyebabkan seringkali berlaku perubahan pucuk pimpinan Negara. Bincangkan.

Pendahuluan

1. Selepas Revolusi Siam 1932 berlaku rampasan kuasa oleh golongan tentera dan golongan awam. Mewujudkan ketidakstabilan politik.

2. Di Pakistan , setelah kematian Muhammad Ali Jinnah pada September 1948 Pakistan kehilangan simbol perpaduan yang telah menimbulkan masalah politik.

Thailand ( 10 markah )

1. Sebelum PD2 sehingga kekalahan Jepun, Jeneral Phibul Songgram mendominasikan politik Thai. Lepas perang, kuasa politik kembali kepada rakyat dengan didominasi oleh Pridi.

2. Jawatan Perdana Menteri telah diserahkan kepada Pridi Panamyong sehingga tahun 1946, apabila berlaku pembunuhan terhadap Raja Ananda dan beliau dipaksa untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

3. Kepimpinan Negara Thai telah diserahkan kepada Thamrong Nawasawat dengan sokongan kuat daripada pihak tentera, walau bagaimanapun pemerintahan beliau telah berakhir dalam rampasan kuasa pada November 1947.

4. Phibul Songgram telah dilantik semula menjawat jawatan Perdana Menteri Negara Thai yang baharu berkuatkuasa pada bulan November 1947, beliau telah berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya dengan memperkenalkan perlembagaan baru.

5. Beliau menjalankan dasar berbaik-baik dengan Britain dan Amerika Syarikat yang menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat yang diterjemahkan dalam undi pilihanraya yang memperlihatkan Phibul menang tipis pada tahun 1957.

6. Pada tahun 1957, Sarit Thanarat telah memimpin rampasan kuasa yang disokong oleh pihak tentera, kemudian beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri Thai pada tahun 1958, pemerintahan Thai dipegang oleh tentera sehingga pilihanraya dilaksanakan pada tahun yang sama di mana Sarit Thanarat menang kerusi terbanyak.

Pakistan ( 10 markah )

1. Selepas merdeka , Pakistan menghadapi masalah bangsa, agama, pembangunan ekonomi dan hubungan dengan India.
2. Kematian pemimpin pertama Muhammad Ali Jinnah menyebabkan Pakistan kehilangan symbol perpaduan dan menambah maslah Pakistan.
3. Pengganti Jinnah, Linguat Ali Khan tidak disenangi rakyat terutama yang beragama Hindu menyebabkan beliau dibunuh.
4. Linguat Ali Khan diganti oleh Khwaja Nazimuddin ,manakala Gabenor Jeneral dipegang oleh Ghulam Mohamad.
5. Kwaja Nazimuddin dipecat kerana gagal memperbaiki pembangunan ekonomi, isu Kashmir, kegagalan membentuk perlembagaan dan kekacauan di Punjab.
6. Beliau digantikan oleh Muhammad Ali yang merupakan bekas duta Pakistan ke Amerika Syarikat.
7. Muhammad Ali Jinnah telah menukarkan dasar luar Pakistan kepada pakatan dengan Blok Barat dan gagal menyelesaikan krisis Pakistan Barat dengan Pakistan Timur.
8. Masalah ini menyebabkan Parti Liga islam kalah dalam pilihanraya Pakistan Timur 1954 di tangan Barisan Bersatu.
9. Kerajaan baru Pakistan Timur diketuai A.K Fazlul Huq.
10. Barisan bersatu berpecah selepas pilihanraya menyebabkan kekacauan dan pembunuhan di Pakistan Timur.
11. Akibat kekacauan , Dewan Perundangan Pakistan Timur digantung.
12. Jeneral Iskandar Mirza dilantik sebagai Gabenor Jeneral dan Muhammad Ali Chaudhri sebagai Perdana Menteri.

Kesimpulan

1. Situasi politik di Negara Thai dan Pakistan seringkali berlaku perubahan pucuk pimpinan akibat rampasan kuasa seakan-akan begitu sinonim dengan politik tempatan, malahan mereka tidak perlu untuk menunggu pilihanraya untuk menggantikan pemimpin negara mereka.
2. Perubahan pucuk pimpinan sebenarnya memperlihatkan bahawa situasi politik tidak stabil.


Bandingkan langkah-langkah untuk memajukan keadaan sosioekonomi di Thailand dan Myanmar ( Burma ) selepas Perang Dunia Kedua.

Pengenalan

1. Kedua-dua negara memajukan bidang perindustrian dan pertanian.
2. Menyediakan kemudahan insfratuktur untuk penduduk masing-masing.

Isi –Sosial Thailand ( 6 markah )

1. Usaha membangunkan sosioekonomi Thailand.
2. Memajukan insfratuktur seperti jalanraya dan jalan keretapi.
3. Ramai penduduk tinggal di bandar seperti Bangkok dan bandar-bandar satelit yang lain seperti Songkla dan Cheng Mai.
4. Penduduk Thai terdiri lebih daripada 30 kumpulan etnik yangt berbagai bahasa, agama, rupa dan cara hidup.
5. Orang Thai terbahagi kepada tiga kumpulan utama;
o Orang Siam/Thai di Lembah Tengah dan Semenanjung Thai
o Orang Thai Timur (Lao) di bahagian Timur Laut.
o Orang Thai Utara tinggal di Utara Thai.
o Di samping etnik lain di seperti Cina, India dan Melayu.

Isi-Ekonomi Thailand

i). Bidang pertanian

Penduduk Thai bergantung kepada aktiviti pertanian terutamanya padi sawah yang banyak di Lembah Menam Chao Praya
Tanaman getah di Selatan Thai.
Tebu dan Jut di Lembah Menam.

ii). Industri ringan

Aktiviti membuat tekstil, sutera,membuat gula, memproses padi dan kraf tangan untuk kegunaan dalam negara.

iii). Industri berat

Menghasilkan industri kayu kayan seperti kayu jati.
Industri tembakau, besi keluli, dan kaca.
Kilang penapis minyak yang mampu mengeluarkan 280 ribu tong sehari.

iv). Kegiatan ekonomi lain

Menangkap ikan, melombong bijih timah, penghasilan batu permata, membuat garam dan memproses batu kapur.

Myanmar ( Burma )

Selepas perang dunia kedua ekonomi Myanmar beransur pulih kembali akibat pembangunan oleh kerajaan.
1953 kerajaan memiliknegarakan tanah bertujuan membolehkan semua petani mengusahakan tanah tanpa bayaran sewa tanah supaya meningkatkan kawalan kerajaan terhadap tanah pertanian.
Di bawah rejim Junta Jeneral Ne Win Myanmar mengutamakan hubungan perdagangan dengan Negara komunis .
Kebanyakan operasi ekonomi dimonopoli kerajaan. Menjelang pertengahan 1960 an pengeluaran dan pemasaran di monopoli oleh kerajaan .
Tujuan dasar ekonomi sosialis ialah mewujudkan masyarakat yang dapat menjamin kebajikan ekonomi dan sosial serta mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin
Kilang-kilang yang dimiliknegarakan gagal beroperasi dengan cekap akibat pemberontakan serta ketiadaan tenaga pakar.
Selepas 1962 pelaksanaan dasar ekonomi sosialis membawa kesan buruk terhadap ekonomi Myanmar yang menjadi lembab dan kuraang maju.

Penutup

Kerajaan Thailand dan Myanmar telah membangunkan bidang pertanian, perindustrian dan perlombongan moden.
Thailand dan Burma ( Myanmar ) mendapat bantuan luar untuk memajukan sosioekonomi negara masing-masing.
Jelaskan perkembangan sosioekonomi Filipina dan Indonesia selepas tahun 1945.

Pendahuluan

1. Selepas merdeka Filipina dan Indonesia berusaha memajukan sosioekonomi negara masing-masing
2. Menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk terutamanya masyarakat luar bandar

Filipina

1. Penduduk Filipina lebih bertumpu di Bandar terutamanya Manila , Quezon City , dan Cebu.
2. Taburan penduduk 46% di Pulau Luzon dan 29% di kepulauan Visayan
3. Penduduk Filipina mempunyai hak kebebasan beragama dan peluang pendidikan yang sama. Bahasa utama ialah bahasa Inggeris , Sepanyol dan Tagalog ( bahasa kebangsaan )
4. Penduduk Filipina bergantung hidup kepada hasil pertanian. Filipina merupakan pengeluar utama dunia bagi kelapa dan abaka.
5. Ekonomi Filipina bercorak pertanian di mana padi merupakan tanaman sara diri dan eksport yang terpenting. Penubuhan Institut Penubuhan Padi Antarabangsa menyebabkan hasil pengeluaran padi meningkat.
6. Jagung , tebu, tembakau, nenas dan kelapa juga merupakan tanaman lain yang penting. Gula dieksport khususnya ke Amerika syarikat.
7. Mengasingkan industri gula dan kelapa melalui penubuhan Lembaga Kelapa Filipina dan menggerkkan semula Suruhanjaya Gula Filipina.
8. 1956 Filipina telah menghasilkan 1.4 juta tan metrik kelapa kering
9. Perindustrian merupakan punca utama pendapatan kerajaan dan kegiatan ini bertumpu di Manila dan para pekerja terlibat dalam bidang industri ringan , pembungkusan, pemprosesan, dan pemasangan .
10. Ilagan City, di Mindanao merupakan kawasan industri besi dan keluli.
11. Orang China menguasai 23% daripada jumlah pelaburan perdagangan dan ini menimbulkan masalah pengagihan kekayaan Negara
12. Memberi penekanan kepada pembangunan sektor eksport.
13. 1960an kerajaan Filipina melancarkan Akta Insentif Eksport
14. Jawatankuasa Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat meluluskan peruntukn sebanyak US$ 200 juta untuk membangunkan infrastruktur di Bandar General Santos ( Mindanao )
15. Kadar literasi telah meningkat secara mendadak pada zaman pasca perang. 1946 kadar literasi penduduk Filipina ialah 60% berbanding 20% pada tahun 1900.

Indonesia .

1. Indonesia menduduki tempat kelima penduduk paling ramai di dunia. Lebih 65% penduduknya tinggal di pulau Jawa dan Madura .
2. Etnik utama dan paling ramai ialah orang Melayu Indonesia yang menggunakan bahasa Indonesia.
3. Agama Islam dan Hindu merupakan agama utama di mana kebebasan beragama diamalkan.
4. Ekonomomi Indonesia bergantung kepada penghasilan pertanian dan eksport komoditi. Lebih 60% tenaga kerja terlibat dalam sektor pertanian . Menjelang abad ke 20 petrolium dan gas asli merupakan 65% daripada hasil eksport di samping ,bijih timah, getah , beras, ikan dan hasil hutan merupakan keperluan asas penduduk tempatan dan merupakan pendapatan utama negara.
5. Jawa merupakan kawasan pertanian utama mengeluarkan 50% padi Negara, 90% soya, 75% jagung dan 80% ubi kayu.
Kerajaan Indonesia telah melaksanakan revolusi hijau untuk memajukan sektor pertanian .
6. Pada tahun 1958 kerajaan menggalakkan pelabur asing mengusahakan estet pertanian . Pada 1961 Presiden Indonesia mengarahkan setiap keluarga petani perlu memiliki 2 hektar tanah tetapi tidak melebihi 15 hektar tanah tanaman padi atau 20 hektar tanah tanaman biasa.
7. Dalam industri Indonesia menceburkan diri dalam bidang petroleum ,getah, pembuatan barangan elektrik ,tekstil ,rokok dan kertas.
8. Pada 1958 Indonesia membenarkan pelabur asing memiliki industri sendiri tetapi telah memiliknegarakan beberapa industri penting.
9. Pada 1950 kerajaan Indonesia telah meningkatkan taraf pendidikan penduduknya. Pendidikan wajib dilaksanakan dan kelas pendidikan untuk golongan dewasa turut diadakan.

Kesimpulan

1. Usaha kerajaan kedua-dua negara berjaya memperbaiki kedudukan sosioekonomi masing-masing.
2. Pembangunan infrastruktur memberi kesan positif kepada perkembangan ekonomi .
3. Berlakunya peningkatan penduduk dan kewujudan bandar-bandar baru.


Jelaskan langkah-langkah yang dijalankan oleh India dan China dalam membangunkan taraf sosioekonomi negara masing-masing selepas Perang Dunia Kedua.

Pengenalan

1. Negara China setelah dikuasai oleh Parti Komunis China (PKC) selepas perang Dunia Kedua dan India yang diperintah secara demokrasi telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kepentingan rakyatnya
2. Program ekonomi di kedua-dua negara itu bertumpu dalam bidang pertanian, perusahaan dan sistem kewangan.

China

1. Ekonomi

a. Rancangan 5 tahun pertama.
b. Tumpuan 56% kepada perusahaan perkilangan, 18% pengangkutan dan 10% pertanian.
c. Undang-undang pembaharuan pertanian untuk tingkatkan hasil dan mengelakkan penindasan petani miskin.
d. Pada tahun 1952 kerajaan China memperkenalkan Koperasi Pengeluar-pengeluar Bahan pertanian di mana para petani digalak bergabung dalam syarikat kerjasama. Akibatnya hasil pengeluaran pertanian China berkembang pesat.
e. Menumpukan peranan pemodal persendirian yang dikawal oleh kerajaan yang kemudian melibatkan pemodal barat
f. Tumpuan yang lebih kepada perusahaan menyebabkan keluaran pertanian merosot 30%.
g. Minta bantuan kewangan dan teknikal dari Soviet Union dalam bidang pertanian.
h. Pembukaan Zon Industri Berat di Manchuria dan Industri Ringan di Shanghai.
i. Penggunaan teknologi moden dalam bidang industri.
j. Penggubalan semula sistem kewangan untuk mengimbang perbelanjaan negara.
k. Cukai baru dikenakan seperti cukai tanah dan perniagaan untuk menambah pendapatan
l. Menghakmilik negara sistem bank serta memperbaiki sistem kewangan dan perbankan.
m. Peraturan ketat sistem kewangan dapat mengurangkan inflasi pada tahun 1950.

2. Sosial

a. Sistem perhubungan moden diperkenalkan seperti jalan keretapi dan jalanraya.
b. Sistem pengairan untuk pertanian dan projek hidroelektrik.
c. Sistem pendidikan peringkat asas dan tinggi diperbaiki.
d. Hak yang sama kepada kaum wanita dalam soal perkahwinan, perceraian dan harta benda.
e. Perkhidmatan awam diperbaiki.

India

Ekonomi

Pembangunan pertanian : mempelbagaikan hasil tanaman, pelbagai jenis bijiran ditanam . Padi ditanam ( 1962 -62 : sejumlah 33.6 juta tan padi dikeluarkan )

Rancangan 5 tahun : mengatasi bidang industri dan perdagangan swasta, 1956 –melaksanakan dasar ekonomi sosialnya iaitu tanggungjawab kerajaan, dan memiliknegarakan.

Sosial

1. Pendidikan diwajibkan untuk pelajar 6 tahun hingga 11 tahun : Sekolah rendah ( 300, 384), sekolah menengah ( 54, 710 ) Sekolah vokasional ( sekolah khas ) Sekolah latihan guru ( 1,103 ) Universiti ( 40 buah )

2. Pembangunan kesihatan dimajukan : tumpuan kepada penyakit malaria ,tibi, kelamin, kematian bayi dan kusta. Mendapat bantuan WHO dan UNICEF. Kemudahan kesihatan disediakan hospital dan dispensary Masalah vitamin diatasi. Jangka hayat penduduk bertambah

Penutup (2 markah)

Rancangan sosiokonomi China dan India telah dapat meningkatkan pengeluaran negara sama dalam bidang pertanian dan perindustrian walaupun pada dasarnya China dan India mempunyai matlamat berbeza sebelum dan selepas perang
Taraf hidup masyarakat China dan India menjadi lebih memuaskan.
Kerajaan China dan India tetap melaksanakan pembaruansosioekonomi demi kesejahteraan rakyat masing-masing.








Sejauhmanakah ideologi komunis mempengaruhi dasar luar Negara China dan Vietnam Utara?

Pengenalan

1. Ideologi komunis menjadi dasar sistem pemerintahan kedua-dua negara.
2. Negara-negara tersebut menjalin hubungan diplomaik dan perdagangan dengan negara komunis dan bukan komunis.

Isi- Dasar Luar China

Dasar luar China bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan negara.
Hubungan luar China lebih rapat dengan Negara-negara komunis seperti Kesatuan Soviet Union (USSR), Korea Utara, Vietnam Utara , Eropah Timur dan lain-lain.
China banyak membantu Korea Utara semasa Perang Korea dalam bentuk ketenteraan dan kewangan
China juga membantu Vietnam Utara dalam bentuk ketenteraan dan kewangan.
Tujuan hubungan baik dengan Negara komunis untuk mengeratkan hubungan serta mengukuhkan ideologi komunis
China turut menjalin hubungan perdagangan dan diplomatik dengan negara- negara bukan komunis melalui PBB dan Persidangan Solidariti Afro-Asia
Menjelang 1963 negara China menjalinkan hubungan diplomatik dengan 42 buah negara
75% hubungan perdagangan dengan Blok Komunis dan 25% dengan negara bukan komunis.
Bergantung kepada Russia untuk perdagangan dan bantuan memajukan sumber ekonomi

Dasar Luar Vietnam Utara

Dasar luar Vietnam Utara bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan negara.
Hubungan terbesar Vietnam Utara adalah dengan negara komunis seperti Kesatuan Soviet Union (USSR) dan Republik Rakyat China(RRC)
Vietnam Utara turut menjalin hubungan dengan negara bukan komunis .
Vietnam Utara juga menjalin hubungan perdagangan dan diplomatik, ekonomi dan kebudayaan.
Vietnam Utara bukan anggota PBB dan Blok Afro-Asia
Berusaha merapatkan hubungan dengan Negara-negara Asia seperti India dan Indonesia yang dilawati Ho Chi Minh.
Juga mewujudkan dasar berbaik-baik dengan negara-negara baru merdeka di Afrika seperti menghantar guru-guru bahasa Peranchis kepada kerajaan Guinea serta memberi bantuan ketenteraan kepada tentera pembebasan Algeria.
Menyokong aktif negara jiran Laos dengan bantuan ketenteraan dan pakar peperangan
Tiga perempat perdagangan Vietnam Utara adalah dengan negara komunis dan rakan dagang utamanya ialah China dan Rusia.

Penutup

China dan Vietnam Utara mempunyai banyak persamaan dari segi bentuk hubungan luarnya.
Mengutamakan negara yang sama ideologinya.
Dasar luarnya tidak tertutup dengan negara bukan komunis.


Bincangkan dasar luar India dan Pakistan dari tahun 1947 hingga 1963.

Pendahuluan

India mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1947.
Pakistan muncul sebagai negara baru pada 14 Ogos 1947 setelah berpisah dengan India.
Dasar luar berbeza mengikut kepentingan dan perkembangan negara masing-masing.

India

Menjadi anggota PBB pada 1946 dan menganggotai KOMANWEL .
New Delhi menjadi tuan rumah beberapa persidangan antarabangsa seperti ECAFE pada 1956 dan 1961, Persidangan Bulan Sabit Merah dan ILO.
Mengambil bahagian dalam Perjanjian Damai di Korea.
Terlibat secara langsung dalam perjanjian damai dan gencatan senjata di Vietnam, Laos dan Kemboja.
Menghantar kontinjen tentera ke beberapa negara di bawah Panji-panji PBB seperti Mesir dan Congo.
1961 menghantar 700 orang pakar ke 24 buah negara di bawah program Bantuan Teknikal PBB
Perdagangan luar India melibatkan eksport bahan mentah dan bahan industri serta tekstil yang ditukarkan dengan barangan mesin berat dan peralatan.
Eksport terpenting termasuk sutera serta kain kapas dan rempah ratus.
Britain merupakan pelanggan utama diikuti oleh Amerika Syarikat , Jerman, Jepun, Russia dll.

Pakistan

Menganggotai PBB dan memegang beberapa jawatan penting dalam agensi khas.
Aktif dalam PBB antaranya menghantar seramai 1400 orang anggota keamanan ke New Guinea pada tahun 1962-63.
Melalui PBB Pakistan memperoleh banyak manfaat untuk kesejahteraan rakyatnya seperti biasiswa pendidikan , teknologi pengangkutan dan telekomunikasi, perubatan dan kesihatan , kejuruteraan serta pengangkutan udara.
Pakistan menjalin hubungan dagangan dengan Negara-negara Amerika Syarikat , Jerman ,Jepun, dll.
Pakistan memperoleh pendapatan yang lumayan dengan mengeksport barangan seperti kapas, bulu bebiri dll.
Menganggotai beberapa pertubuhan lain seperti KOMANWEL, SEATO, Pertubuhan Islam serta Pertubuhan AFRO- ASIA.
Rancangan Colombo memberi manfaat kepada Pakistan kerana diberi peluang untuk menyediakan kemudahan pusat latihan dan memberi peluang membuktikan kemampuannya.
Pakistan turut menjalin hubungan dengan India untuk kepentingan bersama misalnya Perjanjian Air Lembah Indus berkaitan pengairan kawasan pertanian maupun pembinaan terusan untuk keperluan air bersih dari sungai Indus.

Kesimpulan

Kedua-dua Negara menjalin hubungan untuk kepentingan ekonomi ,politik dan sosial.
Melibatkan diri dalam beberapa pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Dapat mewujudkan keamanan dalam Negara.
Huraikan peranan yang dimainkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam membantu negara-negara Asia Tenggara selepas negara-negara tersebut mencapai kemerdekaan.

Pengenalan

1. PBB ditubuhkan pada Jun 1945 di San Francisco bermatlamat menjaga keamanan dunia dan menjalin kerjasama ekonomi ,politik dan social antara Negara anggota

2. Selepas memperolehi kemerdekaan kebanyakan Negara di Asia Tenggara telah diterima menganggotai PBB

Isi ( 20 markah )

1. Negara yang baru merdeka di Asia Tenggara mendapat pengiktirafan daripada PBB
2. Pengiktirafan PBB memantapkan lagi kedudukan negara di peringkat antarabangsa
3. PBB memberi bantuan kewangan untuk membangun negara yang baru mencapai kemerdekaan memandangkan mereka memerlukan banyak bantuan dan sokongan dari segi kewangan. Bank Dunia telah membiayai pembangunan secara keseluruhan.
4. PBB memberi bantuan ketenteraan sebagai pemerhati dan pengaman terutama negara yang berkemungkinan mengalami pergolakan politik dalaman
5. PBB melalui agensi pendidikannya memberi bantuan untuk memajukan bidang pendidikan dengan menghantar pakar dan membina pusat pendidikan ( UNESCO )
6. PBB juga memantau dan membantu perkhidmatan dan penyelidikan mengenai kesihatan dan wabak penyakit tropika akibat kesan peperangan.
7. PBB bukan sahaja menghantar bantuan doktor ( melalui WHO ) tetapi juga ubat-ubatan serta membina pusat kesihatan.
8. PBB juga bertindak menyelia bantuan terhadap pelarian perang melalui UNCHR supaya tidak akan menimbulkan masalah terhadap negara yang didiami.
9. Masalah mengenai kanak-kanak turut mendapat perhatian PBB melalui UNESCO terutamanya Negara yang miskin.
10. Filipina mendapat bantuan teknikal PBB dalam bidang pembangunan industri, koperasi, pengeluaran tanaman dan haiwan , perikanan, kesihatan dsb.
11. Thailand menerima bantuan kewangan dalam projek pertanian , perindustrian dan kesihatan.
12. Burma mendapat bantuan PBB dalam menyelesaikan masalah penempatan tentera kerajaan nasionalis China di kawasan sempadannya.

Kesimpulan

1. Dengan bantuan PBB kedaulatan dan kemerdekaan Negara Asia Tenggara lebih terjamin
2.
Dengan bantuan teknikal dan kepakaran yang disalurkan kepada negara-negara asia Tenggara kehidupan rakyat menjadi lebih sejahtera dan maju.


No comments:

Post a Comment